Rabu, 4 November 2015

TERCIPTANYA WANiTA

Berdiri bulu roma bila membaca nya..
"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah ???"      

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    
Allah S.W.T berfirman:        
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."    
    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    
     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."  
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."  
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    
     "CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. 👍😘
💚TAHNIAH KPD SEMUA WANITA💚

TAZKIRAH KHAS KELEBIHAN PENUNTUT ILMU KHASNYA ILMU AL-QURAN


1)    Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2)    Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yang
      lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3)   Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para
       nabi ‘alaihimussalaam.
4)   Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang   
       enak iaitu disukai ramai.
5)   Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu
      di dunia.
6)   Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7)   Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat
      keredoan dari Allah Ta’ala. Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah
      ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.
9)   Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli
       Keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan
       kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800)
      berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al- Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami
      kandungannya.


                Wallahua’lam

Selasa, 3 November 2015

Sang Kiai Full Movie HD

LiMA PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku  menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorg Nabi yg menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,  “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki  berbuat:

PERTAMA:  Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
KEDUA: Engkau sembunyikan
KETIGA: Engkau terimalah
KEEMPAT: Jangan Engkau putuskan harapan
KELIMA: Larilah Engkau daripadanya.

Pada keesokan harinya nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,“Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.  Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah'.

Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.  Lantas nabi pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu”. Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sdang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,

“Wahai nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri nabi sambil berkata.

“Wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” 

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepda helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

“Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:

Yang PERTAMA ENGKAU MAKAN ITU IALAH MARAH. PADA MULANYA NAMPAK BESAR SEPERTI BUKIT TETAPI AKHIRNYA JIKA BERSABAR DAN DAPAT MENGAWAL IAITU MENAHANNYA, MAKA MARAH ITU AKAN MENJADI LEBIH MANIS DARIPADA MADU.

KEDUA, SEMUA AMAL KEBAIKAN (BUDI) WALAU DISEMBUNYIKAN, MAKA IA TETAP AKAN NAMPAK JUA.

KETIGA, JIKA SUDAH MENERIMA AMANAH SESEORANG, MAKA JANGANLAH KAMU KHIANAT KEPADANYA.

KEEMPAT, JIKA ORANG MEMINTA KEPADAMU, MAKA USAHAKANLAH  UNTUKNYA DEMI MEMBANTU KEPADANYA MESKIPUN KAU SENDIRI  BERHAJAT.
KELIMA, BAU YANG BUSUK ITU IALAH GHIBAH (MENCERITAKAN HAL SESEORANG) MAKA LARILAH DARI ORANG-ORANG YANG SEDANG DUDUK BERKUMPUL MEMBUAT GHIBAH.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat  seseorang itu suka mengata hal  orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T, “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri.

Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang walaupun ia benar.

Wallahu a’lam


SUMBER: http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=426:kisah-lima-perkara-aneh&catid=28:renungan-dan-tazkirah&Itemid=78