Ahad, 27 Januari 2019
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik." (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.
2. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.
3. Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).
4. Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih
Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa.
Isnin, 21 Januari 2019
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku merasa hairan dengan orang yang sedih kerana hartanya yang berkurang. Dan tidak merasa sedih kerana umurnya yang telah berkurang. Dan aku merasa hairan dengan orang yang dunia pergi meninggalkannya. Dan kehidupan akhirat mendatanginya, akan tetapi dia sibuk dengan dunia yang meninggalkannya, dan berpaling dari (akhirat) yang mendatanginya."[Kalam Ahli Hikmah]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Betapa banyak perbuatan buruk yang kau sembunyikan, yang seandainya temanmu tahu pasti dia akan menjauhimu. Allah tau keburukanmu itu, tapi Dia menyembunyikannya. Dan justeru membuat lidah hamba-hambaNya memujimu.”[Habib Abdullah Bin Umar As-Syathiri رحمه الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Kebaikan itu sangat mudah, cukup dengan muka berseri-seri dan kata-kata yang lembut.”[Sayyidina Abdullah Bin Umar رضى الله عنه]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Dua janji Rasulullah ﷺ bagi seseorang yang menyibukkan dirinya dengan selawat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan Allah akan memenuhi semua keinginan dan cita-citanya.”
[Habib Abdul Qodir Bin Zaid Ba'bud]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Di zaman ini orang sibuk bersaing untuk memburukkan si fulan dengan gambar dan video tanpa menyedari akan dipertanggungjawabkan dirinya di sisi Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang kita buat, itu yang kita tanggung. Hisablah dirimu ketika berada di dunia. Orang yang banyak muhasabah dirinya di dunia akan ringan hisabnya di akhirat.”[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Jangan kamu menganggap remeh kepada satu perbuatan baik walaupun sekadar senyum kepada saudaramu. Kadang-kadang senyum itu mampu menghilangkan kesusahan yang dihadapi seseorang.“[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]
Selasa, 16 Oktober 2018
IJAZAH DOA DARI GURU MULIA AL-ALLAMAH AL-MUSNID HABIB UMAR BIN HAFIDZ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Waktu acara GOR Samarinda Guru Mulia Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz banyak sekali mendoakan untuk keselamatan negeri Indonesia dari segala macam musibah. Di antaranya menyelipkan amalan para solihin iaitu doa yang cukup singkat namun luar biasa manfaatnya.
Untuk kita amalkan setiap habis solat membaca:
ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ (٣X) فَرِّجْ عَلَى الْمُسْلِمِيْنَ
"Yaa Arhamarrohimin (3 kali), Farrij 'alal muslimin"
Dibaca sebanyak 11 kali, Insyaallah Allah Subhanahu wa Taala akan menjaga dan melindungi kaum muslimin dari segala gangguan dari dalam mahupun dari luar.
Rujukan Asal dari instagram: omartvdotnet
WIRID UNTUK MENJAGA KEHARMONIAN KELUARGA
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
1) Untuk menambahkan kecintaan dan kasih sayang antara ahli keluarga. Doa ini dibaca ketika memasuki rumah:
a. Baca Ayat Qursi (2:255), Surah Al-Baqarah, Ayat 255:
اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
b) Baca surah Al-Ikhlas, Surah ke 112, dibaca 3 kali:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ(٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ(٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ(٤)
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1), "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2),Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan (3), "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" (4).”
2. Untuk menyatukan/ mengeratkan hubungan suami isteri dan saudara:
a. Surah At-Taubah, Ayat 128 dan Ayat 129 dibaca 41 kali:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ(١٢٨) فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ(١٢٩)
Maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman (128), Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar (129).”
Oleh: Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz
https://t.me/iloverasulullah
Isnin, 17 September 2018
EMPAT AMALAN MUDAH MENCAPAI REDHA ALLAH
Berkata Syeikh
Sya’rawi rahimahullah…
PERTAMA : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
PERTAMA : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
KEDUA : Bila
kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di
sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau
carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana,
nyawa telah sampai di tenggorok.
KETIGA : Bila kamu hendak mengalihkan kucing
yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian
yang mengejut.
KEEMPAT : Bila engkau terpaksa membuang sisa
atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari
jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini,
niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya
kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana
engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah
SWT seluas langit dan bumi.
-Allahyarham Tuan Guru
Dr Haron Din
Ahad, 16 September 2018
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
❝Selawat adalah jalan menuju ketenangan. Setiap kali kalian mengalami kesusahan, ingatlah bahawa Allah meminta kalian supaya berselawat pada kekasihNya agar Dia berselawat untuk kalian 10 kali selawat. Lalu Allah akan menghilangkan segala kesusahan itu.❞
[Maulana Syeikh Hisham Al-Kabbani]
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Setiap ayat Al Qur’an memiliki keutamaan yang sangat menakjubkan. Salah satunya pada surat Al Hasyr ayat 2 sampai 24. Surat ini tergolo...
-
Awaluddin Makrifatullah (Seawal-awal Agama hendaklah kamu mengenal ALLAH Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a. katanya; Rasulullah s....
