Ahad, 16 September 2012

Tuhan Tambahkan rasa redha dan tabah itu


ceria itu akan terus memancar ...sekiranya Tuhan mengizinkannya.
insyaallah riang itu akan menyinar sekiranya Tuhan mentakdirkannya
Aku semakin tak berani untuk menyatakan sebarang harapan untuk diri sendiri
untuk masa depan..
kerana aku sudah pasrahkan sepenuhnya
kepadaNya
Tuhan Maha Pengasih Penyayang

Segala sesuatu adalah ketentuanNya
aku yakin itu
dan
pertemuan ini memang tidak terduga
pertemuan ini memang tak ku sangka

Tuhan..berikanlah aku kekuatan
agar langkah terakhirku menemui kepuasan
Maafkan aku Tuhan..ampun aku

Rupa-rupanya perjalanan ini bukan mudah
rupa-rupanya perjalanan ini menagih korban rasa

Tuhan kurniakan aku tabah itu, redha itu...
kurniakan tambahan tabah dan redha itu
untuk ku.

dari dalam aku 17sept.2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan