Sabtu, 30 Januari 2016

PENCINTA RASULULLAH

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
SLOT SABDA RASULKU 
Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam menasihat sahabatnya, sebab kemarahan seseorang akibat 'rasukan' syaitan yang menghasut orang tersebut.

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan kerana syaitan dibuat daripada api. Dan api itu hanya dapat dipadamkan oleh air. Oleh itu jika seseorang dintara kamu sedang marah, maka berwuduklah.."

(HR Muslim; 2542)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
MUHASABAH DIRI - Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana TAUFIK dan HIDAYAH oleh ALLAH. Apabila HATI kita sudah dilembutkan untuk berdoa, beerti seseorang itu telah merasa FAKIR dihadapan TUHANnya. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepadaNya, maka ALLAH pasti tidak akan mengecewakan hamba yang berharap kepadaNYA...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
PESAN RASULULLAH BUAT UMMAT-Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda,"Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah".

 Hadis Riwayat Bukhari

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
PUISI -Selawat dan salam kita pada Rasulullah.. Sesungguhnya kasih baginda tiada pengganti,
sesungguhnya cinta yang baginda titipkan pada kita sungguh yang tertinggi..

Ketika kita lalai dan semakin jauh melupakan Allah, Allah  datang menyapa dengan penuh kelembutan menggerakkan hati kita untuk ingat padaNya..

Sungguh.. tiada daya kita melainkan semua hanya dari Allah..Dengan kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, kita menjadi hambaNya..

Sungguh... Tiada Tuhan selain Allah.. DIAlah Allah yang Maha Kasih pada hambaNya walaupun sang hamba sering leka pada TUHANnya...

Sungguh kita hamba yang fakir..

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
MUHASABAH DiRi -
🍂Muhasabah diri itu penting untuk mengembalikan segala yang jauh menjadi dekat.

🍂 Cinta Allah perlu disemai dan dibajai, baru ia akan tumbuh subur dengan baik.

🍂 Tiada iman dalam jiwa, maka sepilah jiwa, tiada indah kehidupan sebagai manusia. Semua jadi serba tak kena.

🍂 Semailah iman yang ada dengan zikrullah, selawat, solat yang sempurna, menghormati ibu bapa, banyak sedekah, menjaga akhlak dengan Allah dan semua hamba Allah.

🍂 Dengan Allah kita mohon Rahmat, Dengan Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam kita mohon Syafaat.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
🍂 Rasulullah Sallalahu alai'hi wassalam bersabda; "Manusia yang paling buruk seksanya pada hari kiamat, ialah seseorang yang alim, tetapi dia tidak memanfaatkan ilmunya ke jalan Allah🍂
(HR Thabrani dan Baihaqi)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
RIYAK -🚣 Amalan orang yang riyak, tidak akan sampai menyentuh hatinya, Apa yang dilakukan semuanya sia-sia. Hanya merasa penat semata.

🚣 Ibadah yang dilakukannya tidak mampu membentuk dirinya kearah kebaikkan. Malah, semakin banyak amalan, semakin jauh dia dari Allah. Itulah kesan ibadah yang "RIYAK"

🚣 RIYAK membawa pelakunya kearah kerosakkan jiwa tanpa disedari. Jauhi RIYAK bersarang di hati.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
NASIHAT IMAM GHAZALI -Ukhwah ada 4 kategori:

🔑 UKHWAH yang dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa, tingkah laku dan sebagainya.

🔑 UKHWAH yang terjalin adalah untuk kepentingan diri, untuk tujuan kebendaan di dunia dan tidak lebih dari itu.

🔑 UKHWAH yang terjalin untuk kepentingan akhirat, seperti pencinta ilmu yang mengasihi guru, para ulama, ustaz, ustazah yang menyampaikan ilmu untuk dirinya.

🔑 UKHWAH yang terjalin menjadi erat atas dasar iman dan taqwa kepada ALLAH.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
UJIAN - Setiap UJIAN dan MEHNAH yang dihadapi, bukanlah untuk menyusahkan, akan tetapi ia sebenarnya mengajar, mendidik, MALAH mentarbiah, agar kita mengambil semua itu sebagai pengalaman, untuk menghadapi hari-hari mendatang yang mungkin sama plot ceritanya.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
WARNA WARNI KEHIDUPAN -
🚦Semakin rapat hubungan kita, semakin mudah kita berkecil hati.

🚦Semakin serius hubungan kita, semakin hebat pertengkaran kita.

🚦Semakin banyak mencurah hati, semakin hebatnya rindu ini.

🚦Semakin banyak berkongsi rasa, semakin hebat cinta di jiwa.


۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
JAGALAH AKHLAK -
🍂 Bukan jerawat di wajah yang menghilangkan seri diri, Tapi yang tidak berakhlak dan adab yang hilang dek hati yang rosak. Jagalah akhlak, kerana ia adalah penghias diri kita 🍂

📸 Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik

📸 Untuk pipi yang lesung, tebarkan snyuman yang ikhlas buat mereka selayaknya

📸 Untuk mata yang indah, lihatlah kecantikan dan kebaikkan orang lain, jauhkan lah melihat yang buruk dan jahat orang lain

📸 Untuk tubuh yang sempurna dan sentiasa cukup dengan makanan, sedekahkanlah walaupun sedikit kepada yang memerlukan

📸 Untuk jemari yang halus dan cantik kelihatan, hitunglah dosa dan pujian orang kepadamu, agar dirimu tidak lalai dibuai mimpi sehingga lupa akan ALLAH.


۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
KADANG-KADANG -Kadang- kadang kita leka, Kita rasa jauh dari Allah,

SEBENARNYA,
Kitalah yang sedang berpaling dan melangkah pergi,
Kita tertipu dengan bisikan yang melemahkan iman, dan akhirnya iman goyah sehingga melupakan TUHAN..,

KEMBALILAH,
Kerana Allah tidak pernah pergi jauh dari hidup kita, apatah lagi meninggalkan hambaNya.

CUMA PERSOALANNYA,
Kenapa kita susah kembali kepada Allah? Kenapa kita selalu saja berat melakukan ibadah kepada Allah? Kenapa kita sering terasa malas membuat kebaikkan?

HANYA SATU JAWAPANNYA
Semua itu kerana kita sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk berubah, kita selalu ambil ringan, sehinggalah HATI kita makin hari,makin jauh dari ILAHI....

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
QALAM HIKMAH 
🍂 Anugerah terindah apabila Allah melembutkan hati kita untuk mengingati-NYA. Jangan letih berdoa dan teruskan meminta pada Allah, untuk memiliki hati yang selalu ingat pada Allah. 🍂

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
QALAMKU

"Tidaklah kekuatan itu diukur dengan berlawan kekuatan (bergusti), akan tetapi yang paling kuat itu adalah yang dapat mengawal dirinya ketika marah".9HR al-Bukhari; 4911)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ  ۞
QALAMKU

🌄 Saat HATI gundah, ALLAH tidak minta kita mengalah, malah ALLAH inginkan kita lebih tabah.

🌄 Saat HATI terluka, ALLAH tidak minta kita, terseksa, malah ALLAH ingin kita supaya terus bangkit dengan penuh semangat.

🌄 ALLAH hadiahkan kita pelbagai kisah para Nabi, Para solihin yang penuh suka mahupun duka, agar semua itu menjadi "ALASAN YANG KUAT" supaya kita terus SABAR, IKHLAS, dan BELAJAR berserah segala sesuatu URUSAN hanya pada ALLAH.

🌄 ALLAH tidak pernah menyuruh kita mencari jalan keluar atas segala masalah.. TETAPI apa yang ALLAH mahu adalah SABAR dan teruskan SOLAT. Adakah kita lupa?? Apa yang Allah katakan???

“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah, ayat 153]

اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
● Qalamku

Tinggalkan Masa Lalumu,
Tapi "jeling" untuk pengajaran.

Katakan pada masa lalumu
"Kini kau cuma mimpi"
.
Ingat "ALLAH AKAN TERUS CINTA, WALAUPUN KITA TERUS DERHAKA"
Kerana itu kita masih punya "NYAWA"..
.
Jangan dirisaukan Apakah perjalanan CINTAMU menuju ALLAH akan sampai..TETAPI cukuplah sekiranya DIRIMU TELAH MEMULAKAN LANGKAH...
.
Sesungguhnya CINTA ALLAH itu bukan hanya di HUJUNG JALAN, tetapi ia ada DI SEPANJANG JALAN..

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ  ۞
BUAT AYAH IBU 

KAMU mungkin tidak pernah BERDOA kepada ILAHI untuk memiliki mereka,.
TETAPI, mereka selalu berdoa kepada ILAHI untuk memilikimu,.
Mungkin satu saat nanti mereka mengharapkan doa daripadamu,.
Agar kamu tidak pernah lupa menghadiahkan kuntuman al-fatihah kepada mereka apabila mereka sudah kembali mengadap ILAHI.


۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ
Meraih Sebuah Kematian Yang Memghidupkan JIWA
✔️ Istiqamah di jalan DAKWAH
✔️ Menyeru kebaikkan dan mencegah kebaikkan
✔️ Taat kepada ibu dan ayah
✔️ Taat kepada suami
✔️ Menjadi isteri/suami yang taat pada Allah
✔️ Pepimpin yang adil
✔️ Ikhlas beribadah kepada Allah
✔️ Banyak bersedekah ke jalan Allah
✔️ Istiqamah dalam melakukan amalan walaupun
     tidak banyak
✔️ Menjaga akhlak
✔️ Dan banyak lagi 😄

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞

BILA AKU TIDAK MALU.
🌃 "Bila kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu" (HR Bukhari).
🌃 Ayatnya ringkas, tapi maksudnya begitu mendalam buat mereka yang ingin bermuhasabah diri. Itulah yang bakal memandu segala tindakan di alam media mahupun nyata,
🌃 Apabila MALU kita kerana ALLAH, dibawa ke dalam TINGKAH, pasti "Segala Pandangan Allah" itulah keutamaannya. Tidak akan ada lagi rasa dahaga dan suka akan pujian mahupun perhatian serta penghargaan dari manusia.
🌃 MALU untuk melakukan dosa, adalah MALU yang bertempat, manakala MALU untuk melakukan kebaikkan kerana takut "diejek" orang adalah MALU TIDAK BERTEMPAT, tetapi ia hanya MALU YANG DIBUAT-BUAT..

۩ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۩
●  Pena Dakwahku
🌅 Niat perlu kita perbaharui setiap masa, seperti pakaian yang selalu dibasuh agar tidak
menjadi "busuk" kerana terlalu lama memakainya.

🌅 MUHASABAH DIRI selalu dan sentiasa melihat "KECATATAN" yang ada pada diri agar kita tidak punya waktu melihat "KECATATAN" yang ada pada orang lain.

🌅 Sekerap mana SYAITAN selalu berbisik kejahatan, sekerap itu HATI harus bertanya DIMANAKAH kedudukan ALLAH di dalam HATI kita.

🌅 Pandanglah segalanya INDAH, Andai ada yang tidak indah maka tegurlah secara hikmah, bukan mengikut NAFSU AMARAH.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Pena Dakwahku
⭕️ Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik.
⭕️UJIAN itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita.
⭕️Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu.
⭕️Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
● Pena Dakwahku
❌ Terlalu banyak sumber bacaan islamik yang ada sekarang, samaada di kedai buku, blogger, laman sosial, web dan banyak lagi.
❌ Pilih lah yang sahih, Pilihlah pengisian mana yang suka, Pilihlah yang mana sesuai dengan diri kita. Yang PENTING kita tahu mana sumbernya, siapa penyampainya.
❌ Kalau Hadis & Ayat Al-Quran mesti pastikan BETUL dan TEPAT "Don't just copy and paste".
❌ Tinggal pada kita saja sebagai mad'u, nak atau taknak. Yang NAK pasti akan cuba terus mencari ILMU sampai DAPAT, yang TAKNAK mereka akan ambil endah tak endah.
❌ Semuanya "TERSERAH PADA KITA SAHAJA"

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku - Sabda Rasulku

Aisyah Alaihis' salam meriwayatkan, bahawasanya Pada suatu hari, aku telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam,

"Wahai Rasulullah, Adakah ada ummatmu yang bakal masuk syurga tanpa dihitung amalnya (hisab)?"

Jawab Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam
" Ya, ada, mereka adalah dari kalangan ummatku yang apabila mengenangkan dosanya, lalu dia menangis".(HR At-Tirmizi: 2367)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
● Qalam Ibrahku.
“Apa yang terlintas di hati menentukan apa yang bermain di fikiran. Apa yang bermain di fikiran menentukan apa yang terhambur di lisan sebagai perkataan. Apa yang sentiasa menjadi perkataan harian akan mempengaruhi tindakan dan perbuatan..”

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku - Sabda Rasulku.
Zaid ibnu Arqam meriwayatkan, dia menceritakan Pada suatu hari, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam:
"Wahai utusan Allah, berikan aku petunjuk cara menghindarkan diri daripada neraka?" Lantaz baginda menjawab:"Dengan linangan air matamu"

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam juga bersabda "Sesungguhnya kedua belah matamu yang menangis kerana takut akan Allah, tidak akan disentuh oleh api neraka".(HR Bukhari: 3175)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
UJIAN PENGHAPUS DOSA.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
( HR Bukhari & Muslim)

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” (HR Bukhari)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
Pena Dakwah ku...

“Marilah kita hidup…seperti orang yang menanti mati,....kerana ingat mati itu…akan mengecilkan segala derita,.....akan mencairkan segala alpa,....
kiranya inilah detik terakhir,..marilah kita mulakan semula,...walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…itu lebih bermakna!”
Ada pujangga menukilkan, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya..
Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik..
Manakala satu ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “


۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku.
Tinggi darjatmu wahai kaum wanita, Jangan sengaja kita jatuhkan mahkota kita!
Apa guna berabad Saidatina Khadijah berkorban, kalau bukan kita menjaga sebaiknya..

Berbanggalah wanita, Allah sangat menyayangimu, diberikan kita surat cintaNya iaitu Al-Quran, Hadis sebagai penawar..tetapi kenapa kita tidak menggunakannya..!

Jangan bangga akan rupa parasmu yang cantik, kerana kelak ia akan menjadi makanan si ulat, di tanah yang kering, ketika itu kita sendiri tiada siapa yang membantu kita...

Wahai wanita...pujian keatasmu itu umpama manisnya teh di lidah, sekejap sahaja kita akan merasa manisnya... Dan akhirnya hilang....

Walaupun berubah ke arah kebaikkan amat payah, rasa susah untuk bermujahadah... Semuanya bukan sia-sia...
Berusahalah menjadi wanita solehah walaupun ia amat payah...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
● Qalamku - Sabda Rasulku

Rasulullah Sallallahu Alai'hi wassalam menyatakan bahawa air mata adalah tanda jelas kasih sayang Allah kepada hambaNya. Manusia yang dapat menangis sewaktu beribadah atau ketika melihat penderitaan orang lain adalah manusia yang mendapat kasih sayang Allah.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alai'hi wassalam;
"Air mata itu bukti kasih sayang yang ditanamkan oleh Allah kepada hambaNya. Sesungguhnya Allah itu sangat sayang akan hambaNya..."(HR Ahmad: 1/293)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
🅾 Pena Dakwahku 🅾

Jangan LUPA asal NIAT kita adalah untuk meraih JANNAH.
Jangan TERLAMBAT, sehingga saat IZRAIL datang menjengah.
Apabila SAMPAI saatnya, Apabila SAMPAI detiknya, Semua manusia akan merasai SAKITNYA mati..
Hanya AMALAN, yang menentukan BAGAIMANA akhir hidup kita nanti...
Tak perlu pandang orang, cukup pandang diri kita, perbaiki apa yang masih "berlubang".

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku.
Bagaimana mungkin, kebaikan kita akan bertambah,
Bagaimana mungkin, akhlak kita akan menjadi baik,
Bagaimana mungkin, hati kita akan dekat dengan Allah,
Bagaimana mungkin, kita akan jadi pencinta Al-Quran.
Bagaimana mungkin, kita akan jadi ummat Nabi Muhammad yang kasih pada baginda...
Semuanya TIDAK MUNGKIN, JIKA
Solat kita TINGGALKAN, JIKA SOLAT kita LAMBATKAN, JIKA SOLAT kita ambil mudah....
Kerana SOLAT adalah TIANG AGAMA DAN PEMBENTUK IMAN kita...
Tepuk dada Tanya Iman kita...
Cukup sempurnakah SOLAT yang kita persembahkan kepada ALLAH..

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
 Hati Yang Dirahmati Allah
Taqwa itu letaknya di hati... Hati yang bersih..hati yang tenang... Sesungguhnya hati yang suci dan bersih dirahmati Allah dan berbahagialah bagi mereka yang mempunyai hati yang tenang....
Allah redha kepada kepada jiwa tersebut... Jiwa tersebut redha dengan Allah...

Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan:
"Tenangkanlah jiwamu daripada urusan kepentingan dunia, kerana segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah, janganlah engkau turut memikirkannya...”

“Seandainya kamu semua bertawakal sepenuhnya kepada Allah, nescaya kamu akan memperolehi rezeki bagaikan rezeki burung-burung yang pada waktu pagi berkeadaan lapar dan kembali ke sarangnya (di waktu petang) dengan perut kenyang.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku -Sabda Rasulku

Anas Ibnu Malik meriwayatkan,
Rasulullah Sallallahu Alai'hi Wassalam bertanya kepada Malaikat Jibril "Wahai Jibril, jelaskan kepadaku sifat JAHANNAM?"

Maka jawab Jibril "Ketika Allah menjadikan JAHANNAM, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, dan tidak pernah padam nyalaan dan baranya.."(HR al-Bahaiqi:3894)

۞اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
● Qalam Murabbi

Wahai pendakwah!
Jadikanlan  diri kita bersifat "Rabbaniyyin" kerana ia merupakan benteng pertahanan untuk mengelak penyelewengan dan gugur daripada medan dakwah.
Kecuaian para da'ie di dalam hal ini menyebabkan ia hanya sibuk menyampaikan seruan dakwah tetapi ia lupa untuk membentuk diri sendiri. Akhirnya ia menimbulkan fitnah kepada dakwah itu sendiri.  -Ustaz Idris Haji Ahmad-

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalamku

Andai kau terjun ke medan dakwah ini, dngan niat ingin di pandang alim, maka tinggalkan lah, kerana jika kau jumpa orang yang lebih alim, kau akan terhina....

Andai kau terjun ke medan dakwah ini, dengan niat untuk dapat "Like" atau pengikut yang banyak maka tinggalkanlah, kerana kau akan putus asa kalau pengikut kau hanya sedikit...

Andai kau terjun ke medan dakwah ini, dengan niat untuk bagi tau semua orang, yang kau memang banyak ilmu, maka tinggalkan lah...kerana kelak kau akan kecewa kalau kau jumpa orang yang lebih berilmu dari kau..

TAPI Andai kau terjun ke medan dakwah ini, dengan niat dan tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang pernah dilakukan Rasulullah, dan niat hanya kerana Allah maka,
Teruskanlah kau dan tetaplah di dalam medan ini...kerana kau tak akan pernah kecewa apabila niatmu berlandaskan Allah.... Ibrah buat diri 💪

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Qalam Suci Al Quran (Surah 74: 42 & 43)

 مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"

 قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
● Mutiara Nasihat Ibnu Qayyim.
🍃Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
🍃Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
🍃Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
🍃Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
🍃Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
🍃Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
⛵️ Sabda Rasul- JOM SELAWAT❗️

Dari Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.  (HR al-Baihaqi)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
🍂 Qalamku

Berapa ramai anak muda yang sedang bermain pagi dan petang, sedangkan kain kafannya dah mula "dikoyakkan" orang,
Tetapi dia tidak tahu, dan terus terleka, malah bertambah gembira bermain...
Berapa ramai anak kecil, yang diharapkan lahir menjadi orang hebat, tetapi mati sejurus dilahirkan???
Dan berapa ramai gadis yang dihias indah pada malam pengantinnya, rupa-rupanya pada esok harinya orang datang mengurus jenazahnya...
Itulah hakikat kematian... Datang tiba-tiba..beruntunglah buat mereka yang sentiasa bersedia, rugilah buat mereka yang selalu alpa...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
MAAFKAN MUSUH..
Banyak peristiwa mengenai sifat pemaaf Rasulullah Sallallahu alai'hiwassalam yang boleh kita ambil sebagai 'ibrah' dalam langkah perjalanan kita di atas dunia ini..

Dalam satu peristiwa Baginda Rasul diancam oleh seorang musuh yang telah menghunus senjata kepada Baginda sambil berkata dengan sngat biadab

"Siapakan yang akan menyelamatkanmu?" Lalu dengan yakin dan tegas baginda membalas "ALLAH akan menyelamatkanku"

Sejurus Baginda menyebut nama ALLAH, senjata itu jatuh ke bumi lantas diambil oleh Rasulullah dan baginda menghunusnya pula kepada musuh tadi. Jelas tiada siapa yang dapat menyelamatkannya...

Tetapi, Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam telah melepaskan musuh itu, walaupun dia tidak mahu memeluk islam. Namun dia telah berjanji kepada baginda supaya tidak akan "memerangi" lagi baginda atau memihak kepada sesiapa yang ingin "memerangi" baginda...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
Ilmu & Hikmahnya

Imam Malik berkata: “Ilmu dan hikmah adalah cahaya yang Allah hidupkan dengannya siapa yang dikehendakinya, bukan dengan banyaknya masalah ilmiah.” Hal ini berbetulan dengan kenyataan sahabat Nabi, Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu `anhu:-

لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ ، إِنَّمَا الْعِلْمُ الْخَشْيَةُ

Maksudnya: “Bukanlah ilmu dengan banyaknya riwayat tetapi ilmu yang sebenarnya adalah takut kepada Allah.”. (Riwayat Ibn Hibban (9) dalam Raudhat al-Uqala)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
TINTA MURRABI -Fitnah di alam siber lebih besar akibatnya. Beberapa saat sahaja ia sudah tersebar di seluruh dunia. Lebih daripada itu pula, tulisannya kekal, sukar untuk dipadam. Cuba bayangkan apa yang ditulis itu akan memberi kesan kepada memori seseorang sehingga sukar untuk mendapat pencerahan. Akibatnya tunggulah di mahkamah akhirat.

Ust Idris Hj Ahmad

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
AIR MATA SEORANG NABI UNTUK UMMATNYA -Anas ibnu Malik meriwayatkn; Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bertanya kepada Jibril Alaihissalam "adakah pintu neraka itu umpama pintu di rumah kami ya wahai Jibril?"

Maka jawab Jibril "tidak wahai kekasih Allah, ia selalu terbuka, setengahnya berada di bawah daripada lainnya, jarak dari pintu ke pintu perjalananya selama 70,000 tahun, setiap pintu lebih panas daripada pintu yang lain sebanyak 70 kali ganda..." Kemudian Jibril menceritakan keadaan semua pintu-pintu neraka tersebut sehinggalah sampai ke pintu yang ke 7 iaitu pintu yang terakhir..

Tiba- tiba Jibril terhenti sehingga Rasulullah bertanya "Wahai Jibril, kenapa engkau diam?"..
Lalu Jibril dengan rasa berat hati meneruskan...

"Wahai Rasulullah, pintu yang ketujuh ini, di dalamnya terdapat orang-orang yang berdosa daripada kalangan ummatmu yang tidak sempat bertaubat, sehingga mereka mati..."

Mendengar penjelasan itu, Rasulullah terus jatuh ke bumi dan pengsan, lalu Jibril meletakkan kepada baginda di atas pangkuannya, sehinggalah baginda sedar...

Setelah sedar Rasulullah berkata kepada Jibril "Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan rasa sedihku benar-benar tidak terperi...."

Selepas peristiwa itu Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat, kemudian kembali ke dalam rumah, tanpa berbicara dengan siapa pun, dan ketika solat, baginda akan terus menangis kerana terlalu risau....

Tepuk dada, tanya iman kita, apakah yang kita balas pada Baginda? Baginda terlalu risau tapi kita?? Masih leka dengan dosa...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
NASIHAT IMAN -"Dosa umpama pokok yang tumbuh dalam hati, Semakin lama dosa itu dibiarkan, tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang"

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
ORANG MUKMIN ITU LUAR BIASA -Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa
Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain, Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang, Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan, Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya, Berhadapan dengan ujian dia tenang, Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur....

Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah, Walau di dalam keadaan susah dan senang, Bermesra dengan orang, Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya, Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan, Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya....

Merendah diri adalah budaya hidupnya, Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya, Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya, Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan, Tapi dia, mengeluh dengan dosa-dosanya, Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian....

Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya, Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya, Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya, Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah, Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya, Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya
Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya....

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
PENA DAKWAHKU -Selalu kita dengar orang lelaki kata;
"Wahai perempuan, jagalah maruah kalian, sesungguhnya kamu adalah bunga agama"

Orang perempuan boleh balas balik;
"Wahai lelaki, jaga juga maruah kalian, jangan sesuka hati nak mesej, nak kenal, nak taaruf, nak minta tunjuk ajar dari perempuan, banyak ustaz di luar sana boleh menuntut ilmu... Sesungguhnya kalian itu bakal menjadi pemimpin keluarga kelak"

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
Nasihat Tuan Guru Musa-
"Tok Ayah nasihatkan pada diri Tok Ayah dan pada antum supaya selalu selawat ke atas Rasulullah Sallallahu alai'hiwassan, selawatlah dengan rasa penuh ta'zim ke atas rasul kita.."

Tuan guru meneruskan nasihatnya dengan menyebutkan dalil ayat al-quran yang berbunyi:

اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا
 صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56).
Tuan guru meneruskan lagi: "Ibadat-ibadat yang lain, Allah perintahkan terus dengan menyebutkan ibadat itu. Tapi untuk selawat, Allah menyebut dirinya, Allah menyebut dengan para malaikatnya.. Itu menunjukkan ibadat shalawat ini memiliki kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah."

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞

TANGISAN BAGINDA- Tatkala Rasulullah Sallallahu alai'hiwassalam melihat nasib yang dilalui oleh Saad Ibnu Mu'ad. Dia adalah seorang miskin yang bekerja sebagai pemecah batu, tidak pernah langsung dia mengeluh dengan takdir kemiskinan yang membelit dirinya, dia bekerja keras mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarganya.

Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bertemu dengan Saad, dan baginda telah melihat tangan saad yang melepuh kerana kerja keras. Rasulullah tidak mampu menahan air matanya. Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam memegang tangan Saad yang kasar dan ada kesan-kesan luka itu, dan baginda menciumnya, lalu baginda berkata "Inilah tangan yang tidak akan disentuh oleh api neraka"...

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
ILMU DAN AKHLAK -✨ Ilmu dan akhlak adalah 2 perkara berbeza.
✨ Orang berilmu tidak bermakna dia berakhlak, dan orang yang mengamalkan ilmunya adalah dianggap sebagai orang yang berakhlak.
✨ Menurut Said Hawa, sifat sombong merupakan penyakit sangat cepat tersebar malah akan berjangkit kepada para alim ulamak.
✨Ibn Umar pula mengatakan bahawa "seseorang itu tidak akan mencapai tingkatan ilmu yang mantap, sehingga dia tidak lagi dengki dengan orang lain yang lebih tinggi ilmunya dari dirinya, tidak meremehkan orang lain, tidak menganggap orang lain hina, tidak sombong dalam bicara dan tidak harapkan balasan dalam penyampaian ilmunya..."

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
TAKABBUR MEMAKAN DIRI - Baginda Rasulullah SAW mendefinisikan takabbur sebagai :

 الكبر بطر الحق وغمط الناس
"Takabbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." (HR : Muslim)
Berdasarkan pengertian hadis di atas, maka orang yang tidak mahu tunduk atau menuruti yang hak ia adalah orang yang sombong. Demikian pula seseorang yang suka menghina atau meremehkan orang lain.
Akibat buruk sikap takabbur atau takbur ini ialah :
1. Jauh dari kebenaran.
2. Terkunci mati hatinya.
3. Mengalami kegagalan dan kebinasaan.
4. Tidak disukai Allah. Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong” (QS. An-Nahl : 23)
5. Tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi SAW :
“Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebiji sawi rasa sombong” (HR : Muslim)

۞اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ۞
QANAAH -
🗯 Apakah Qanaah?? Dalam Bahasa senang nak faham ialah;
✨Qana'ah bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan tunduk serta akur dengan kurniaan-Nya.
✨Menurut Imam Al-Qushairi dalam Al-Risalah Al-Qushairiyyah; "Dalam Kitab Zabur, diungkapkan bahawa orang yang qana'ah ialah orang yang kaya meskipun serba kelaparan." Bahkan menurut satu pendapat, Allah SWT meletakkan lima anugerah dalam lima tempat iaitu :

1. Kemuliaan dalam taat.
2. Kehinaan dalam maksiat.
3. Kehebatan dalam melaksanakan solat
    malam (ibadat)
4. Kebijaksanaan dalam hati yang kosong
   (daripada keduniaan)
5. Kekayaan dalam sifat qanaah.

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
YANG ....-Sering dengar tak ayat nie? "tak semestinya aku tak tutup aurat hati aku tak baik..!" Tegas segelintir insan... Urmmm.
Betul sahabat2 sekalian,
"Yang menutup aurat tak semestinya hatinya baik"..TAPI yang pasti, yang baik itu pasti menutup aurat bukan??
Hakikatnya,
Hati yang baik, akan mengikut perintah Allah, malah akan cuba bersungguh-sungguh menghidarkan diri dari melakukan sesuatu yang Allah larang.. Walaupun kadang-kadang tu rasa susah sangat nak buat, rasa payah sangat nak lakukan benda baik-baik nie... Betul kan sahabat sekalian...?

Kalau kita tidak mahu berubah atas alasan, "Tak mau lah, nanti banyak benda tak boleh buat, semua serba tak boleh..rasa terkongkong laaa..."

Sahabat-sahabat,
Jika benar sahabat sayang akan diri,
Jangan biarkan ia dimamah api neraka kelak,
Ingat...kalau kita rasa tak mampu nak hadapi neraka Allah, jangan berlagak dengan selalu ingkar perintah Allah...

Jom berubah menjadi lebih baik.. Yang pakai ketat2, kita longgarkan, yang suka cakap banyak, kurangkan cakap benda yang tidak berfaedah, yang suka tengok dengar lagu melalaikan, tukar dengar lagu yang berunsur nasihat, dan banyak lagi...

Sahabat2... Satu malam tak akan mampu untuk mengubah semuanya... Buat sikit2... Walaupun agak susah dan rasa berat hati... Yakinlah perubahan yang kita lakukan sekarang akan membawa kita kepada kejayaan yang kekal abadi...

U alls memang kuat... teruskan langkah untuk mencapai kematian husnul khatimah..

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
SEKSA NERAKA -Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;
"Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika mengigit maka rasa pedih bisanya tetap terasa hingga 40 tahun ,juga di dalam neraka ada kala jengkeng sebesar keldai, jika mengigit, maka akan terasa bisanya selama 40 tahun.."

Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari 70 bahagian dari api neraka Allah, dan andai tidak didinginkan dalam laut sebanyak dua kali nescaya kamu pasti tidak mampu untuk menggunakannya.."

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
NAFSU..-“Nafsu seseorang selalu menentang dan membangkang. Maka barangsiapa ingin menjadikannya baik, hendaklah ia bermujahadah, berjuang melawannya, sehingga terselamat dari kejahatannya. Hawa nafsu semuanya adalah keburukan dalam keburukan, namun apabila telah terlatih dan menjadi tenang, berubahlah ia menjadi kebaikan di dalam kebaikan.”
~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..Petikan Buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
CiNTAKU BERMULA DENGAN AL-QURAN -"Dialah Allah yang Maha Mencipta sekalian makhluk, Yang Mengadakan daripada tiada kepada ada, Yang Membentuk rupa makhlukNya menurut yang dikehendakiNya, bagiNya nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang tiada tandinganNya lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Hasyr 59: Ayat 24)

۞ اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّدٍ ۞
ILMU ITU MILIK ALLAH - Meh Baca Kejap, Kejap Ja.. Ayuh Berfikir!
Kita sering memerhati kereta di jalan raya bukan? Banyak jenis jenama kereta yang mahal dan yang biasa-biasa.. Salah satunya kereta paling mahal di dunia...ialah Bugatti Veyron..

Saya masih ingat satu episod rancangan Top Gear, bila mereka membandingkan kelajuan kereta Bugatti Veyron dengan kereta yang lain.. Ternyata kereta Bugatti nie paling hebat..
ditambah pulak bila kereta Bugatti ini hanya layak berlumba dengan jet pejuang... Hebat sungguh kereta ini...

Mungkin cerita nie dah agak lama ... Tapi sahabat- sahabat sekalian, hati saya terfikir... Siapakah yang hebat sebenarnya? Mesti la orang yang ciptakan kereta itu bukan?? Ya mereka memang hebat... Kerana boleh berfikir lebih daripada yang lain... Mereka memang luar biasa... Fuhhh!!

Tiba-tiba saya terfikir lagi... Sebenarnya yang luar biasa itu bukan mereka...tetapi Allah yang memberikan idea luar biasa itu.... Disini sgt jelas.. Yang luar biasa adalah Allah.. Kadang2 kita lupa..kita selalu melihat dan berkata..

Cantiknya dia! Sedapnya makanan nie! Pandainya dia! Hebatnya dia!...banyaknya ilmu dia! Solehahnya dia! Alimnya dia! Pandainya dia menulis kata-kata nasihat!...... Itu ini itu ini...dan banyak lagi..

Sebenarnya kita lupa... Bukan lupa sebenarnya...mungkin terbiasa cakap begitu... Sebenarnya Allah lah yang patut kita puji.... Bukan mereka...mereka juga hamba sama macam kita...

Jom kita tengok Firman Allah dalam surah at-Tin 95: ayat 4 yang berbunyi..
 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.."

Jelas bukan... Berfikirlah..tepuk dada tanya iman....iman akan jawab segalanya...

Wallahua'lam


Ahad, 24 Januari 2016

Kisah 8 Pemuda yang Meninggal tanpa Shalat

30 Tahun Mengkaji Banyak Agama, Biksu di Malaysia Ini Akhirnya Memeluk Islam

Tambah kapsyen
HAMPIR 30 tahun mengkaji agama-agama yang ada, akhirnya seorang Biksu berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.
Pengalaman menjadi Biksu selama 28 tahun di Taiwan, mendorong Biksu ini mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.
Beberapa hari lalu seperti dilansir Sukan Star TV Malaysia,biksu tersebut mengucap syahadat di sebuah masjid China di Malaysia disaksikan Persiden Persatuan Muslim China Malaysia di Malaka, Lim Jooi Soon.
“Semasa menjadi biksu, dia banyak mengkaji beberapa agama di dunia. Selama itu, ia mengatakan hanya Islam yang ia temui sebagai agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah,” tutur Jooi Soon.
Jooi Soon lebih lanjut mengatakan, “Tugas kita yang utama adalah membimbingnya agar ia mengetahui ajaran Islam secara mendalam.”
“Pertama yakni membimbingnya dengan bahasa Mandarin, sebab ia tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggris. Dan itu menuntut kesabaran kita,” tutupnya.
Proses tersebut turut dihadiri pula Datuk Yaakub Md Amin sebagai ketua DKM Masjid Malaka dan Datuk Dr. Mohadis Yasin yang merupakan Mufti Malaka.
Biksu tersebut dikabarkan berasal dari Johor, ia datang ke Malaka sejak tiga minggu lalu.
“Akhirnya ia berjumpa saya, sayapun menerangkan bagaimana logika, sains, dan hujah dapat dikaitkan dengan Sang Pencipta Alam ini,” kata Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chick yang merupakan pengurus masjid Malaka. [ra/islampos]

THE BEST ROLE MODEL - MUHAMMAD [P.B.U.H] ᴴᴰ

Sabtu, 23 Januari 2016

Makmum Masbuk Tertinggal Membaca Al-Fatihah


Soalan:
Individu merupakan jemaah masbuk, katakan individu mengikut imam pada rakaat ke-2 dan tidak dapat menghabiskan bacaan al-fatihah, individu tersebut tidak perlu menghabiskan bacaan tersebut dan perlu rukuk mengikut imam, yang saya ingin dapat kepastian adalah pada rakaat ke-3, sekiranya makmum tersebut masih tidak dapat menghabiskan surah Al-Fatihah dan imam telah rukuk, perlukah makmum tersebut menghabiskan bacaannya kemudian rukuk mengikut imam tetapi jika makmum tidak sempat rukuk bersama imam adakah rakaat tersebut dikira atau masih perlu dilakukan sama seperti rakaat ke-2?

Jawapan:
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Jika kita tiba ketika imam telah rukuk, terus sahaja bertakbir masuk ke dalam solat (takbiratul ihram), kemudian takbir sekali lagi dan rukuk bersama imam. Ketika ini, gugur al-Fatihah dari kita dan ia ditanggung oleh imam.
1.             Jika kita tiba ketika imam hampir rukuk, terus bertakbir masuk ke dalam solat, baca al-Fatihah setakat yang sempat, apabila imam rukuk kita turut rukuk bersama imam, tidak perlu kita menghabiskan fatihah kita kerana baki fatihah kita itu ditanggung oleh imam.

2.             Jika kita mengikuti imam dari awal solat, wajib dalam apa keadaan sekalipun kita menghabiskan bacaan al-Fatihah kita. Sekalipun imam telah rukuk, kita wajib menyudahkan bacaan al-Fatihah, kemudian baru rukuk bersama imam. Jika ada keuzuran (iaitu lambat dalam bacaan) diberi kelonggaran kepada kita hingga tiga rukun panjang (iaitu sehingga sebelum imam bangkit dari sujud kedua).[1] Jika kita sempat sujud sebelum imam bangkit dari sujud keduanya, kita masih dikira mendapat rakaat tersebut bersama imam. Jika tidak sempat, kita dikira telah luput rakaat tersebut bersama imam, maka tidak perlu lagi kita rukuk, akan tetapi terus duduk tahiyyat bersama imam (jika dia duduk tahiyyat) atau tunggu sahaja imam naik ke rakaat berikutnya (jika tidak ada tahiyyat oleh imam) dan mengikuti imam hingga selesai solatnya, apabila imam memberi salam, kita bangun menambah rakaat yang ketinggalan dari imam tadi.

3.             Itu adalah mengikut mazhab Syafiie yang berpandangan; makmum wajib membaca al-Fatihah ketika solat berjamaah (sebagaimana imam wajib membacanya) kecuali dalam kes makmum masbuq (iaitu kes 1 dan 2 di atas) di mana bacaan al-Fatihahnya ditanggung oleh imamnya bagi dua kes tersebut. Menurut mazhab-mazhab lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); ketika solat berjamaah, makmum tidak wajib membaca al-Fatihah (hanya disunatkan sahaja). Telah memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam menanggung bacaan al-Fatihah untuknya, jadi tidak wajib lagi atasnya. Maka menurut pandangan kedua ini, dalam apa keadaan sekalipun, apabila imam rukuk, makmum hendaklah terus rukuk bersama imamnya. Tidak perlu makmum menghabiskan bacaan al-Fatihah (sama ada ia mengikuti imam dari awal atau ketika imam telah rukuk atau hampir rukuk) kerana telah ditampung oleh bacaan imamnya.

Rujukan;
1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 33/52 (perkataan; “Qira-ah”).
2. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/394.
3. al-Fiqh al-Manhaji, 1/81.
4. 60 Hadis Sifat Solat Nabi, Us. Ahmad Adnan Fadzil.
5. Soal Jawab Agama bersama Penasihat Akademik MaDaF Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Wallahu a’lam


SUJUD SAHWI: TATA CARA SUJUD SAHWI


Sujud Sahwi Sebelum ataukah Sesudah Salam? Shidiq Hasan Khon rahimahullah berkata, “Hadits-hadits tegas yang menjelaskan mengenai sujud sahwi kadang menyebutkan bahawa sujud sahwi terletak sebelum salam dan kadang …

SUJUD SAHWI SEBELUM ATAUKAH SESUDAH SALAM?
Shidiq Hasan Khon rahimahullah berkata, “Hadits-hadits tegas yang menjelaskan mengenai sujud sahwi kadang menyebutkan bahwa sujud sahwi terletak sebelum salam dan kadang pula sesudah salam. Hal ini menunjukkan bahwa boleh melakukan sujud sahwi sebelum ataukah sesudah salam. Akan tetapi lebih bagus jika sujud sahwi ini mengikuti cara yang telah dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Jika ada dalil yang menjelaskan bahwa sujud sahwi ketika itu sebelum salam, maka hendaklah dilakukan sebelum salam. Begitu pula jika ada dalil yang menjelaskan bahwa sujud sahwi ketika itu sesudah salam, maka hendaklah dilakukan sesudah salam. Selain hal ini, maka di situ ada pilihan. Akan tetapi, memilih sujud sahwi sebelum atau sesudah salam itu hanya sunnah (tidak sampai wajib, pen).”[1]
Intinya, jika shalatnya perlu ditambal karena ada kekurangan, maka hendaklah sujud sahwi dilakukan sebelum salam. Sedangkan jika shalatnya sudah pas atau berlebih, maka hendaklah sujud sahwi dilakukan sesudah salam dengan tujuan untuk menghinakan setan.
Adapun penjelasan mengenai letak sujud sahwi  sebelum ataukah sesudah salam dapat dilihat pada perincian berikut.
1.     Jika terdapat kekurangan pada shalat –seperti kekurangan tasyahud awwal-, ini berarti kekurangan tadi butuh ditambal, maka menutupinya tentu saja dengan sujud sahwi sebelum salam untuk menyempurnakan shalat. Karena jika seseorang sudah mengucapkan salam, berarti ia sudah selesai dari shalat.

2.     Jika terdapat kelebihan dalam shalat –seperti terdapat penambahan satu raka’aat-, maka hendaklah sujud sahwi dilakukan sesudah salam. Kerana sujud Sahwi ketika itu untuk menghinakan syaitan.

3.     Jika seseorang terlanjur salam, namun ternyata masih memiliki kekurangan raka’at, maka hendaklah ia menyempurnakan kekurangan raka’at tadi. Pada saat ini, sujud sahwinya adalah sesudah salam dengan tujuan untuk menghinakan syaitan.
4.     Jika terdapat keragu-raguan dalam shalat, lalu ia mengingatnya dan bisa memilih yang yakin, maka hendaklah ia sujud sahwi sesudah salam untuk menghinakan syaitan.
5.     Jika terdapat keragu-raguan dalam shalat, lalu tidak nampak baginya keadaan yang yakin. Semisal ia ragu apakah shalatnya empat atau lima raka’at. Jika ternyata shalatnya benar lima raka’at, maka tambahan sujud tadi untuk menggenapkan shalatnya tersebut. Jadi seakan-akan ia shalat enam raka’at, bukan lima raka’at. Pada saat ini sujud sahwinya adalah sebelum salam karena shalatnya ketika itu seakan-akan perlu ditambal disebabkan masih ada yang kurang yaitu yang belum ia yakini.

TATA CARA SUJUD SAHWI
Sebagaimana telah dijelaskan dalam beberapa hadits bahwa sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud di akhir shalat sebelum atau sesudah salam-. Ketika ingin sujud disyariatkan untuk mengucapkan takbir “Allahu akbar”, begitu pula ketika ingin bangkit dari sujud disyariatkan untuk bertakbir.
Contoh cara melakukan sujud Sahwi
Sebelum salam dijelaskan dalam hadits ‘Abdullah bin Buhainah,
فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk. Beliau lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.” (HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)
Contoh cara melakukan sujud sahwi sesudah salam dijelaskan dalam hadits Abu Hurairah,
فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَسَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ كَبَّرَ فَرَفَعَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ ثُمَّ كَبَّرَ وَرَفَعَ
Lalu beliau shalat dua rakaat lagi (yang tertinggal), kemudia beliau salam. Sesudah itu beliau bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir lagi, lalu beliau bangkit. Kemudian bertakbir kembali, lalu beliau sujud kedua kalinya. Sesudah itu bertakbir, lalu beliau bangkit.” (HR. Bukhari no. 1229 dan Muslim no. 573)
Sujud Sahwi sesudah salam ini ditutup lagi dengan salam sebagaimana dijelaskan dalam hadits ‘Imron bin Hushain,
فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ.
Kemudian beliau pun shalat satu rakaat (menambah raka’at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi.” (HR. Muslim no. 574)
Apakah ada takbiratul ihrom sebelum sujud sahwi?
Sujud Sahwi sesudah salam tidak perlu diawali dengan takbiratul ihrom, cukup dengan takbir untuk sujud saja. Pendapat ini adalah pendapat mayoritas ulama. Landasan mengenai hal ini adalah hadits-hadits mengenai sujud Sahwi yang telah lewat.
Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah berkata, “Para ulama berselisih pendapat mengenai sujud sahwi sesudah salam apakah disyaratkan takbiratul ihram ataukah cukup dengan takbir untuk sujud? Mayoritas ulama mengatakan cukup dengan takbir untuk sujud. Inilah pendapat yang nampak kuat dari berbagai dalil.”[2]
Apakah perlu tasyahud setelah sujud kedua dari sujud sahwi?
Pendapat yang terkuat di antara pendapat ulama yang ada, tidak perlu untuk tasyahud lagi setelah sujud kedua dari sujud Sahwi karena tidak ada dalil dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan hal ini. Adapun dalil yang biasa jadi pegangan bagi yang berpendapat adanya, dalilnya adalah dalil-dalil yang lemah.
Jadi cukup ketika melakukan sujud sahwi, bertakbir untuk sujud pertama, lalu sujud. Kemudian bertakbir lagi untuk bangkit dari sujud pertama dan duduk sebagaimana duduk antara dua sujud (duduk iftirosy). Setelah itu bertakbir dan sujud kembali. Lalu bertakbir kembali, kemudian duduk tawaruk. Setelah itu salam, tanpa tasyahud lagi sebelumnya.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Tidak ada dalil sama sekali yang mendukung pendapat ulama yang memerintahkan untuk tasyahud setelah sujud kedua dari sujud sahwi. Tidak ada satu pun hadits shahih yang membicarakan hal ini. Jika memang hal ini disyariatkan, maka tentu saja hal ini akan dihafal dan dikuasai oleh para sahabat yang membicarakan tentang sujud sahwi. Karena kadar lamanya tasyahud itu hampir sama lamanya dua sujud bahkan bisa lebih. Jika memang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan tasyahud ketika itu, maka tentu para sahabat akan lebih mengetahuinya daripada mengetahui perkara salam, takbir ketika akan sujud dan ketika akan bangkit dalam sujud sahwi. Semua-semua ini perkara ringan dibanding tasyahud.”[3]
DO’A KETIKA SUJUD SAHWI
Sebagian ulama menganjurkan do’a ini ketika sujud sahwi,
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa).[4]
Namun dzikir sujud sahwi di atas cuma anjuran saja dari sebagian ulama dan tanpa didukung oleh dalil. Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan,
قَوْلُهُ : سَمِعْت بَعْضَ الْأَئِمَّةِ يَحْكِي أَنَّهُ يَسْتَحِبُّ أَنْ يَقُولَ فِيهِمَا : سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو – أَيْ فِي سَجْدَتَيْ السَّهْوِ – قُلْت : لَمْ أَجِدْ لَهُ أَصْلًا .
Perkataan beliau, “Aku telah mendengar sebagian ulama yang menceritakan tentang dianjurkannya bacaan: “Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huw” ketika sujud sahwi (pada kedua sujudnya), maka aku katakan, “Aku tidak mendapatkan asalnya sama sekali.[5]
Sehingga yang tepat mengenai bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika shalat. Bacaannya yang bisa dipraktekkan seperti,
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi][6]
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى
Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.” [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku][7]
Dalam Mughnil Muhtaj –salah satu kitab fiqih Syafi’iyah- disebutkan, “Tata cara sujud sahwi sama seperti sujud ketika shalat dalam perbuatann wajib dan sunnahnya, seperti meletakkan dahi, thuma’ninah (bersikap tenang), menahan sujud, menundukkan kepala, melakukan duduk iftirosy[8] ketika duduk antara dua sujud sahwi, duduk tawarruk[9] ketika selesai dari melakukan sujud sahwi, dan dzikir yang dibaca pada kedua sujud tersebut adalah seperti dzikir sujud dalam shalat.”
Sebagaimana pula diterangkan dalam fatwa Al Lajnah Ad Daimah (komisi fatwa di Saudi Arabia) ketika ditanya, “Bagaimanakah kami melakukan sujud sahwi?
Para ulama yang duduk di Al Lajnah Ad Daimah menjawab, “Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud setelah tasyahud akhir sebelum salam, dilakukan sebagaimana sujud dalam shalat. Dzikir dan do’a yang dibaca ketika itu adalah seperti ketika dalam shalat. Kecuali jika sujud sahwinya terdapat kekurangan satu raka’at atau lebih, maka ketika itu, sujud sahwinya sesudah salam. Demikian pula jika orang yang shalat memilih keraguan yang ia yakin lebih kuat,maka yang afdhol baginya adalah sujud sahwi sesudah salam. Hal ini berlandaskan berbagai hadits shahih yang membicarakan sujud sahwi. Wabillahit taufiq, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa aalihi wa shohbihi wa sallam.[10]-bersambung insya Allah-
Artikel Muslim.Or.Id


[1] Ar Roudhotun Nadiyyah Syarh Ad Durorul Bahiyah, Shidiq Hasan Khon, 1/182, Darul ‘Aqidah, cetakan pertama, 1422 H.
[2] Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 3/99, Darul Ma’rifah, 1379.
[3] Dialihbahasakan secara bebas dari Majmu’ Al Fatawa, 23/49.
[4] Bacaan sujud sahwi semacam ini di antaranya disebutkan oleh An Nawawi rahimahullahdalam Roudhotuth Tholibiin, 1/116, Mawqi’ Al Waroq.
[5] At Talkhis Al Habiir, Ibnu Hajar Al Asqolani, 2/6, Al Madinah Al Munawwaroh, 1384.
[6] HR. Muslim no. 772.
[7] HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484.
[8] Duduk iftirosy adalah keadaan duduk seperti ketika tasyahud awwal, iaitu kaki kanan ditegakkan, sedangkan kaki kiri diduduki punggung.
[9] Duduk tawaruk adalah duduk seperti tasyahud akhir, yaitu kaki kanan ditegakkan sedangkan kaki kiri berada di bawah kaki kanan.
[10] Yang menandatangani fatwa ini: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz sebagai ketua; Syaikh ‘Abdur Rozaq ‘Afifi sebagai wakil ketua; dan Syaikh ‘Abdullah bin Qu’ud sebagai anggota. Fatwa Al Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ soal ketujuh, fatwa no. 8540, 7/129.
https://muslim.or.id/10305-sujud-sahwi-3-tata-cara-sujud-sahwi.html

British Police Officer Converts to ISLAM and crying ! 2016 ISLAM IS PEACE

Jumaat, 8 Januari 2016

KEUTAMAAN SELAWAT


Diceritakan oleh Guru Mulia, Al Habib Umar bin Hafidz

"Hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan2 di sebuah daerah.
Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al Qur'an, ada juga yg berdzikir,
ada juga yg membaca ratib dan selawat .

Dilihatnya dari rumah -rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yg kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW."
Masha Allah....

Telah berkata Al marhum Al habib Ahmad bin Alwy Baraqbah :

Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yg harum. Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin.
Jika Allah membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita.

Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda ﷺ.

💞💞💞Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaroka Wasallam💞💞💞

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Isnin, 4 Januari 2016

PENCINTA RASULULLAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “Apabila seorang insan tidak merasa takut kepada Allah maka dia akan memperturutkan hawa nafsunya. Terlebih lagi apabila dia sedang menginginkan sesuatu yang gagal diraihnya.

Kerana nafsunya menuntutnya memperoleh sesuatu yang boleh menyenangkan diri serta menyingkirkan gundah gulana dan kesedihannya.

Dan ternyata hawa nafsunya tidak mampu merasa senang dan puas dengan cara berzikir dan beribadah kepada Allah maka dia pun memilih mencari kesenangan dengan hal-hal yang diharamkan iaitu berbuat keji, meminum khamr dan berkata dusta…”

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah


PENCINTA RASULULLAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Seorang ulama salaf berkata,
“Sungguh kasihan orang-orang yang cinta dunia, mereka (pada akhirnya) akan meninggalkan dunia ini, padahal mereka belum merasakan kenikmatan yang paling besar di dunia ini.”maka ada yang bertanya, “Apakah kenikmatan yang paling besar di dunia ini?”

Ulama ini menjawab, “Cinta kepada Allah, merasa tenang ketika mendekatkan diri kepada-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, serta merasa bahagia ketika berzikir dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya.”

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah


PENCINTA RASULULLAH


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“WAKTU MANUSIA adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih.

Ketahuilah bahawa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang WAKTUNYA HANYA UNTUK KETAATAN DAN BERIBADAH kepada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.

Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternakan. Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekadar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.”

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

PENCINTA RASULULLAH,


 ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?
KERNA orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
KERANA orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak mempunyai sedikitpun prasangka bahawa orang yang dia  lihat seorang yang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP DICELA?
Karena orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulai sesuatu perkara.

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tak ingin membagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.

MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI KEPADA MEREKA YANG MELUKAINYA?
Kerana orang baik selalu memandang bahawa Allah sentiasa bersama dengannya, bagaimana ia akan mengeluh diatas sesuatu yang di tetapkan di atas kehendakNYA, itu sebabnya orang baik tak memiliki perasaan dendam dalam kalbunya…

Jika kau buka laci- laci di hatinya, akan kau temukan hanya Cinta kepada Allah yang dimilikinya.

-Al Allamah Al Arifbillah Al Habib Salim Asy-Syathiri-

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

ORANG yang memiliki akhlak yang mulia merupakan anugerah Allah yang terbaik dalam dirinya. Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam pernah ditanya:

"Apakah anugerah yang paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam menjawab:"Akhlak yang mulia"

(HR. Ahmad)

🔋 Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
📇 http://telegram.me/iloverasulullah

PENCINTA RASULULLAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞


"Kenapa kita menangis apabila kita benar-benar mengingati Rasulullah di dalam hati kita?

Dan apabila seseorang yang penuh dengan dosa pun, ketika bawak Rasulullah ke dalam jiwanya, pasti dia akan menangis.

Ini kerana 1400 lebih tahun yang lalu Rasulullah sentiasa memikirkan ummatnya di akhir zaman dalam linangan air mata.

Tidak pernah Rasulullah memikirkan kita tanpa berlinang air mata. Inilah dinamakan "The law of attraction" antara Rasulullah dan ummatnya..

Guru Mulia Ustaz Shafi

PENCINTA RASULULLAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

"Jika Allah ingin mendekatkan seorang hamba itu kepadaNya, maka Allah akan mendekatkan hamba itu kepada salah satu kekasihNya yang akan mengenalkan dan mengajarkan hamba itu tentang cinta kepada Rasululluh Sallallahu alai' hi wassalam. Jikalau cinta kepada Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam sudah ada di dalam hatinya, maka ketika itulah dia mampu merasakan dekatnya dan cintanya kepada Allah"

-Habib Umar Al-Hafidz-

Lah Ahmad - Salam (Official Music Video)