Isnin, 4 Januari 2016

PENCINTA RASULULLAH,


 ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?
KERNA orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
KERANA orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak mempunyai sedikitpun prasangka bahawa orang yang dia  lihat seorang yang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP DICELA?
Karena orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulai sesuatu perkara.

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tak ingin membagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.

MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI KEPADA MEREKA YANG MELUKAINYA?
Kerana orang baik selalu memandang bahawa Allah sentiasa bersama dengannya, bagaimana ia akan mengeluh diatas sesuatu yang di tetapkan di atas kehendakNYA, itu sebabnya orang baik tak memiliki perasaan dendam dalam kalbunya…

Jika kau buka laci- laci di hatinya, akan kau temukan hanya Cinta kepada Allah yang dimilikinya.

-Al Allamah Al Arifbillah Al Habib Salim Asy-Syathiri-

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

ORANG yang memiliki akhlak yang mulia merupakan anugerah Allah yang terbaik dalam dirinya. Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam pernah ditanya:

"Apakah anugerah yang paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam menjawab:"Akhlak yang mulia"

(HR. Ahmad)

🔋 Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
📇 http://telegram.me/iloverasulullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan