Jumaat, 8 Januari 2016

KEUTAMAAN SELAWAT


Diceritakan oleh Guru Mulia, Al Habib Umar bin Hafidz

"Hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan2 di sebuah daerah.
Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al Qur'an, ada juga yg berdzikir,
ada juga yg membaca ratib dan selawat .

Dilihatnya dari rumah -rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yg kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW."
Masha Allah....

Telah berkata Al marhum Al habib Ahmad bin Alwy Baraqbah :

Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yg harum. Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin.
Jika Allah membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita.

Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda ﷺ.

💞💞💞Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaroka Wasallam💞💞💞

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan