Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin
Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri
Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing
lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya
iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan
dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan
walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah
kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran
daripada tulisan ini.
TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)
Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.
Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu
menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan
dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang
lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana
seorang yang buta dapat memimpin orang lain.
“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang
yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah
kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu,
makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat
dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan
Tuhanmu”.
Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali
segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus
ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu,
bertaubatlah engkau zahir dan batin.
SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT-(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia
mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan
tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa
Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…?
Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu
itu.
-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam
keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan
susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau
baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat
apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah
kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana
semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.
-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan
ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.
Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan
memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka,
memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan
memberikan sinar kedalam hati mereka.
Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi
kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan
sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan”
Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu
kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti
mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah
wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur
dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap
dan maqamnya.
Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.
“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu
selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api
sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat
kepadamu.
Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah
yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah
yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…!
Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang
memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota
pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA
HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu
iringinya dengan lidah.
Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah
satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan
hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang
keinginan terhadapnya.
Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau
mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang
terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta
kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta
para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka,
tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang
menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di
alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk
menjelaskannya.
Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.
Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela
dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah
tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan
bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau
memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.
“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau
redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu,
syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal
tersebut.”
Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau
jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada
tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu
dengan Allah.
Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala
yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya
serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu
kepada-Nya dunia dan akhirat.
Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum.
Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai
ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu
carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.
Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka
hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah di dalam hatinya itu dan
hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya. Wahai hamba…! Berzikirlah
engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu
sekali.
Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan