ABDUL WAHHAB, putera
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, meminta wasiat dari beliau, ketika ayahandanya
itu sakit yang membawa kewafatan beliau.
Beliau berkata: “Tetaplah
engkau takwa dan taat kepada Allah s.w.t. Jangan engkau takut kepada seorang
juapun dan janganlah engkau mengharapkanya. Serahkanlah semuanya keperluanmu
kepada Allah s.w.t dan tuntutlah daripada-Nya. Janganlah engkau bergantung
kepada seorang manusia pun selain daripada-Nya. Tauhid…! Tauhid…! Tauhid…!
Sumber semuanya itu adalah tauhid…..! ”
Tatkala sakit beliau
telah semakin parah, beliau berkata: “Apabila kalbu sudah benar bersama-Nya,
maka tidak ada yang sepi dari hati dan tidak ada yang keluar daripadanya. Aku
adalah inti tanpa kulit”.
Beliau juga berkata
kepada putera-putera beliau: “Menyingkirlah kamu dari sekitarku, sebab secara
zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara
aku, kamu dan semua makhluk ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka
janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan janganlah kamu menyamakan
seseorang dengan aku”.
Kemudian Beliau Berkata lagi: “Selain kamu ada
yang hadir di dekatku. Maka berilah mereka tempat duduk, dan bersopan santunlah
kamu kepada mereka. Di sini ada rahmat yang agung. Dan janganlah kamu
menyempitkan tempat terhadap mereka”.
Salah seorang murid
beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah
diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata: “Dan
semoga kamu mendapat keselamatan, rahmat Allah dan Berkah-Nya. Semoga Dia
mengampuni aku dan kamu. Semoga Dia menerima taubatku dan taubatmu. Dengan nama
Allah s.w.t”. Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam. Beliau juga
berkata: “ Aduhai…! Aku sungguh kasihan kepadamu…! Aku tidak mempedulikan sesuatupun,
dan tidak juga terhadap malaikat maut. Mengingkirlah engkau…! Sebab kami sudah
mempunyai Tuhan yang menguasai kami selain daripada kamu”.
Beliau menjerit dengan
keras pada hari yang beliau wafat, pada petang harinya. Sebahagian putera
beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab: “
Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu. Aku adalah
ini. Aku bergerak-gerak dalam ilmu Allah s.w.t”.
Beliau berkata kepada
putera beliau, Abdl Jabar: “Engkau tidur ataukah terbangun..? Matilah kamu
dalam diriku, maka kamu akan terbangun”.
Salah seorang murid
beliau yang bernama ‘Afif mendatangi beliau tatkala sebahagian putera beliau
berada di sisi beliau, yang bernama Abdul Aziz menulis atas nama beliau. Beliau
lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada muridnya tersebut untuk mencatat
apa yang akan disampaikannya.
Kemudian muridnya itu
menulis: “Nescaya Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan” (Surah
Al-Thalaq : 7) Hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat
disalin, sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh Hukum-Nya“…
Dua orang putera beliau,
Abdul Jabbar dan Musa menggabarkan bahawa Tuan Syeikh Qadir Al-Jailani
mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata: “Bertaubatlah kamu
dan masuklah kamu ke dalam barisan! ”Beliau juga berkata: “Rahmahlah…!
Rahmahlah kamu…! “. Kemudian datanglah al-Haq dan sakarat maut, lalu beliau
berkata: ”Aku meminta pertolongan kepada Laillahaillallah yang tidak akan mati
dan tidak takut kepada kematian. Maha suci Dzat yang Maha Agung dengan
kekuasaan-Nya dan mengalahkan hamba-hamba-Nya dengan kematian. Laillahaillallah
Muhammad Rasullullah.
Putera beliau yang
bernama Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau menyatakan “’Azim” (Agung)
maka lisan beliau tidak mampu lagi berkata secara benar. Beliau selalu
mengulang-ulang hingga beliau berkata ‘Azim dan beliau memanjangkannya,
sehingga beliau berkata dengan benar. Kemudian beliau mengucapkan: “Allah..!
Allah..! Allah..! ”. Lalu suara beliau samar dan lidah beliau menempel pada
langit-langit beliau. Kemudian beliau wafat.
http://bukhari-tintaharian.blogspot.my/2012/06/wasiat-terakhir-syeikh-abdul-qadir-al.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan