Dakwah adalah kerja dan tanggungjawab umat ini.
Meninggalkannya adalah satu dosa. Kita tak rasa dosa sebab x rasa ia adalah
perintah Allah pada kita.
Oleh itu perlu banyak istighfar dan taubat. Sekurang2nya 300
kali sehari. Sediakan juga umat Islam untuk taubat dan istighfar.
Dgn istighfar Allah beri banyak kelebihan. Berkat rezeki,
turunkin hujan, beri ramai anak, alirkan sungai.
Tujuan usaha ni adalah supaya yakin kpd Allah bertambah dan
amal bertambah hingga sampai ke tahap sempurna.
Yakin bahawa Allah yang buat segalanya, selain Allah x boleh
buat apa-apa.
Dakwah akan menyebabkan setan lari dan lemah.
Dakwah akan lumpuh kan batil. Gash bukan di rumah2 sahaja
tapi juga ke pusat2 perniagaaan sebab batil bermula di sana.
Dakwah akan dapat bantuan Allah.
Dakwah akan sebab Allah hantar malaikat ketika nak mati
untuk kata jangan takut jangan sedih dan beri berita gembira mengenai syurga.
Kalau kita x gerak jumpa orang hari-hari, maka ruh kerja
akan tercabut dari mohalla.
Tak de jalan untuk hampir kepada Allah melainkan dengan
kerja dakwah.
Walaupun zikir
beribu2 takkan sama dengan sekali orang marah kita (dan kita sabar) masa gash.
Walau macamana pun zikir kena jaga (jangan tinggal zikir).
Dan sangat rugi orang ytg tinggal dakwah dengan sebab ambik zikir.
Gerak 2 jam setengah setiap hari. Dakwah kebesaran Allah 25
kali sehari.
Usaha ni umpama nak nyalakan api dari bara yang hampir
padam. Kalau buat dengan cara yang betul, api akan menyala. Manfaat akan
datang.
Ada masalah, rujuk pada Allah. Allah begitu hampir pada kita
lebih hampir dari urat marih kita. Allah sentiasa sedia untuk dengar permintaan
kita.
Maksud taklim adalah supaya iman terbina. Ia menyuburkan dan
menyegarkan yakin kepada janji2 Allah. Taklim lebih utama dari bayan.
Tanggungjawab hidupkan taklim adalah tanggungjawab lelaki.
Hidupkan juga 5 amal di rumah.
Segala rupa bentuk dalam usaha dakwah ni adalah rupa bentuk
kerja para nabi. Ia bukan amalan-amalan biasa. Tapi Allah sembunyikan kehebatan
usaha ni. Nampak macam biasa-biasa saja dan tiada apa-apa.
Org yang belum ke negara jauh walau dah IPB, dia hanya lalu
sahaja dalam usaha ni.
#Allahtempatmengadu#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan