Rabu, 3 Ogos 2016

PERSEDIAAN DATANGNYA DAJJAL

Gambar hiasan
 "Dajjal akan berada di sebelah sempadan di Madinah, kemudian mula menghentakkan kakinya hingga berlaku gempa di Madinah. Itulah gempa yang kedua berlaku selepas gempa yang pertama zaman khalifah Umar r.a.

Maka keluarlah mereka yg munafiq ( iman yg bercampur ) dari madinah kerana terlihat jelas di sekeliling Madinah tidak ada gempabumi. Siapa yang munafiq? Mereka yang tidak beriman pada takdir yakni gempabumi, maut, ajal semuanya dari Allah swt.

Selepas keluar golongan pertama, gempa kedua akan bermula. Dajjal hentak lagi. Gempa lagi. Golongan yang ragu-ragu mula keluar.

Terbukti munafiq. Selepas keluar golongan kedua, dajjal hentak lagi kaki. Kali ini gempabumi lagi kuat. Tadi yang beriman dan ingin kekal dalam Madinah, mula rasa takut dan keluar.

Bila isteri mula berlari keluar, suami yang warak pun akan turut keluar. Bila anak yang disayangi keluar, mulalah ibu akan keluar mengikuti. Mereka yang bercampur baur imannya, mula keluar.

Mereka yang hari-hari membaca hadis akhir zaman, mengetahui dengan tepat setiap tipudaya dajjal, TETAPI tidak membuat persiapan iman yang sempurna mulai sekarang, tidak meletakkan diri di bawah bimbingan guru yg mursyid, mereka juga pasti akan terkeluar dari golongan yang benar-benar beriman.

Mereka akan keluar juga dari madinah. Inilah pensucian yang terakhir dari Madinah. Selepas itu, hanya mereka yang kekal di tempat duduk mereka dgn Tasbihat dan Tahmid serta Tahlil akan selamat dan inilah golongan yang terbukti keimanan mereka. Adakah kita akan termasuk golongan ini ?

Kalau kita masih berzikir tetapi bila hp berbunyi, kita lepaskan tasbih dan jawab hp kita, itu menunjukkan kita masih tergolong dalam golongan munafiq. Kalau kita masih utamakan kerja kita, kereta kita, anak kita, walaupun azan berkumandang, itu membuktikan kita tergolong dalam golongan munafiq.

Bila kita meyakini dengan wang ringgit, harta dan pangkat akan memberikan kebahagiaan pada kita, itu membuktikan kita tergolong dalam munafiq. Jadi mulai sekarang, marilah kita belajar apakah kaedah terbaik untuk menguatkan iman kita. Agar bila benar-benar Imam Mahdi dan Dajjal datang, kita tidak panik bahkan kita tahu apa yang akan dibuat. Wallahualam. -Terjemahan singkat : Qarmizi 10 hb Jun 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan