Ahad, 14 Ogos 2016

*SOALAN MAUT*

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.
Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.
Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang-panjang. Menteri Agama (MA) terpinga-pinga untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.
Kemudian sultan hantar wakilnya kpd Menteri Agama dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan Menteri Agama jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak-anak . Menteri Agama mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala-galanya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.
MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya Menteri Agama keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.
Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan Menteri Agama makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline Menteri Agama termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.
Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak Menteri Agama makan bersama. Menteri Agama yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain-lain yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.
Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
Menteri Agama memberitahu kisahnya dan soalan-soalan sultan beserta syarat-syarat kepada orang tua tersebut.
Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , *Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing-masing)*
2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, *Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing-masing)*
Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.
Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat Menteri Agama terus bertanya Apa itu iman?
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, Menteri Agama mesti makan bersama anjing2 tersebut. Menteri Agama berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.
Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila Menteri Agama duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
*"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.*"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan