Isnin, 22 Oktober 2012

HAKIKAT SOLAT


Hakikat Tsolat
   
Assalamualaikum….

Bicara kali ini saya ingin membicarakan tentang soal  ( Tsolat ) pada membicarakan hakikat sebenar tsolat yang di kehendaki, (aqi mutsholah ) dirikanlah kamu akan tsolat, tsolat yang seperti mana yang boleh di dirikan..? Adakah ianya sembahyang..? Apakah sembahyang itu berdiri..? Dari mana perkataan sembahyang ini di ambil..? Adapun saya tidak bercadang untuk membicarakan lebih mendalam mengenainya.

Nah, mari sama-sama kita renungkan apakah ada persamaan antara tsolat dan sembahyang, ada pun sembahyang itu di ambil sempena penyembahan berhala pada zaman jahiliah, kerana manusia pada ketika itu benar-benar berada dalam kerugian yang amat teruk dan ingkar pula pada nabi-nabi dan Rasul yang mengajak mereka beriman kepada Allah yang tunggal lagi Maha Esa pada sifatnya dan lagi qodim pada Zatnya. Seperti mana sabda baginda S.A.W yang berbunyi: ( Awaludin ma’rifatullah ) awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Ada pun sembahyang seperti yang kita maklum pada zaman jahiliah ialah menyembah nenek moyang mereka iaitu ( sembah Eyang ) sembah nenek moyang, ada pun nama sembahyang itu diguna pakai sehingga zaman sekarang sebagai mengajak manusia supaya menyembah Allah, bukan menyembah berhala-berhala atau patung-patung ciptaan sendiri lalu dijadikan perantaraan penyembahan kepada dewa-dewa mereka, agar manusia tidak berasa janggal untuk menyembah selain dari tuhan nenek moyang mereka, ini bukanlah suatu penghinaan kepada tuhan mereka, tetapi pengertian tentang tsolat. Apakah yang mereka dapat daripada apa yang mereka kerjakan..?

Tiada apa-apa hanya sia-sia sahaja, sempena nama makhluk Allah yang berbunyi ( Ma-nu-sia ) sia-sia sahaja, apakah ini menandakan kelemahan Allah..? Tidak, sebenarnya kitalah yang lemah, kelemahan untuk menunjukkan keberadaan sifat kita sebagai hamba yang lemah, sebarang kelemahan itu adalah bersalahan
( Mustahil ) pada Allah, kerana Allah itu bersifat sempurna Mahabijaksana lagi Mahateliti dalam penciptaan-nya.

Ada pun cara mereka sembahyang pula tidak sama dengan cara kita menghadap kehadrat Allah S.W.T, berdiri menghadap dan bertakbir, apakah sama cara mereka dengan kita..? Sudah tentu tidak bukan..? Allah juga ada menerangkan di dalam ( Qs Al-Kafirun ) yang berbunyi:

 “ Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan engkau pula tidak menyembah apa yang aku sembah “.
Cara mereka itu menyembah, dan cara kita ialah tsolat…apakah tuhan kita sama dengan tuhan mereka..? Tuhan yang mereka sembah ialah benda dan apakah tuhan kita juga benda..? Jika kita mengatakan sembah pada Allah, apakah Allah itu juga benda..? Bagaimana pula dengan diri kita pada hari ini..? Apakah kita sama juga dengan mereka..? Jika begitu yang jelas kita hanya menjadi pak turut sahaja. Kalau tak nak jadi pak turut macam mana ya..? Apakah yang di kehendaki dalam tsolat sebenarnya..?

Hakikat sebenar di dalam tsolat itu ialah Allah ingin menyatakan akan diri-Nya, bagaimana yang di katakan Allah ingin menyatakan akan diriNya..? Nah, ini persoalan yang agak rumit untuk di bicarakan bahkan mungkin akan ada orang yang tidak berpuashati dengan perbicaraan seperti ini malah mungkin menganggap-nya terlalu ekstrim bagi sesetengah ahli syari’at dan ahli tarekat. Bagaimana yang dikatakan Allah ingin menyatakan akan diriNya..? Mari sama-sama kita renungkan di awal-awal tsolat kita bertakbir dengan menyebut “ Allahu Akhbar “, nah lihatlah di awal tsolat itu lagi Allah telah menyatakan diri-Nya, Allah itu nama bagi Zat-nya dan Akhbar itu nama bagi Sifat-nya, sesuai dengan firman Allahu Ta’ala yang berbunyi:
 ( Tiada ilah selain yang nyata hanya wujud Allah ) semata-mata.

Dan berapa banyak pula kita menyebut ( Allahu Akhbar ) di dalam tsolat dan memuji-muji akan-Nya dan membersihkan akan Sifat-Nya, dengan menyebut  ( subhana ) dan di setiap pergerakan perlakuan syari’at di dalam tsolat itu semua menyebut akan nama Allah. Apakah ada tuhan selain Allah..? Jika beginilah keadaan-nya apakah kita sebenarnya menyembah..? Apakah kita tidak terfikir bahawa di sebalik wujudnya alam ini termasuk diri kita ini bahawa adanya Allah yang menciptakan dan yang nyata hanya wujudNya-lah yang mutlak..?. Nafikan akan sekelian alam ini wujud dengan sendirinya dan isbatkanlah bahawa Allah-lah yang mengadakan-nya dan memelihara-nya, bukan-nya terjadi dengan sendiri-nya. Apapun fikiran anda jangan sekali-kali terkeluar dari landasan ( Ahli Sunnah Wal Jama’ah ).

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Allah telah berfirman yang berbunyi: ( Aku suka untuk memperkenalkan diriKu ) kerana apa..? Kerana diri-Nyalah yang wujud hakiki lagi tiada binasa akan diri-Nya. Kerana tsolat ini bukanlah perkara baharu, ianya wujud zaman sebelum adanya manusia lagi oleh kerana jalan ceritanya sungguh menarik dan banyak pula pelakonnya, sedari Nabi Adam a.s hinggalah ke zaman Rasulullah S.A.W sehingga membuatkan kita lupa bahawa Allah-lah wujud yang hakiki sebenar-nya. Dan yang dikatakan dirikanlah kamu akan tsolat itu ialah tidak lain dan tidak bukan melainkan Zat Allah-lah yang Maha berdiri dengan sendiri-nya melalui SifatNya, ( Qul huwallahu ahad, katakanlah Allah itu Esa ) lagi ( qiyamuhu binafsihi, Berdiri dengan sendiriNya ) dan perbuatan mendakap atau memeluk tubuh di dalam tsolat itu pula ialah terkandung di dalam ( Allahu tshomad, Allah-lah tempat sekelian makhluk bergantung ).

Inil adalah serba sedikit dan ringkas mengenai antara tsolat dan sembahyang, adapun masih jauh dan masih banyak lagi untuk di bahaskan atau di bicarakan tentang tsolat ini sebenarnya, apapun ini hanya permulaan-nya, dan pada tulisan saya yang lepas mengenai tsolat dalam “ Kenal Allah Sebelum Tsolat “ itu ialah bagi ahli syari’at dan ahli tarekat sahaja, adapun ini adalah bagi ahli hakikat dan ma’rifat. Sedikit pesanan dari saya yang lemah ini janganlah kita meng-sia-siakan hidup kita dengan menjadi “ pak turut “ dalam segala hal, seperti sembahyang ikut-ikutan, puasa ikutan, mengapa tidak kita mencari  guru dan bertanya kepadanya, mengapa tsolat ini wajib, mengapa puasa itu wajib, dan harus bagi orang kurang siuman, ini semua masih di dalam persoalan yang masih harus di ungkaikan, jika tidak di ungkaikan mana mungkin kita kan mendapat ilmu.

Lebih elok lagi kalau tsolat itu di sertakan kesemua rukun Islam yang lima, ini akan memberikan efek yang maksima dalam untuk mencapai kusyuk di dalam tsolat. Adapun yang pertama ialah:

Syahadat, di dalam tsolat juga ada syahadat iaitu ketika dalam tahiyat awal dan akhir, yakni penyaksian kita bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Tsolat, penyempurnaan kepada penyaksian kita bahawa Allah-lah yang wujud mutlak dan Muhammad itu ialah Sifatul haq.

Puasa, ialah meng-Esa-kan Allah kerana segala sesuatu itu pasti binasa kecuali hanya wujud Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apapun, bahkan kitalah yang memerlukan kepadanya.

Zakat, ialah pembersihan jiwa dan nafsu yang selalu menginginkan sesuatu sehingga melampaui batas, ini juga termasuklah wudhuk bersuci untuk menunaikan tolat.

Haji, bermula dari menunaikan tsolat hinggalah melakukan sesuatu perkara kebaikan secara berjemaah, kerana haji tidak di lakukan secara berseorangan, ianya berjemaah.

Akhir kata “ Tiliklah diri kamu rata-rata, supaya kamu kenal Tuhan kamu yang Nyata “. Dan orang yang telah mencapai tingkatan tsolat seperti ini dia tidak lagi mengharapkan balasan pahala Syurga ataupun takutkan Neraka, dan dia tidak menghiraukan kemana Allah ingin mencampakkan-nya, samada ke-Nerakah atau ke-Syurgakah, kerana dia memiliki Allah dan kita milik Allah. Dan tsolat itu di dirikan dengan penuh redha, bukan lagi merasainya suatu tanggungjawab malah ia lebih dari itu, ia di dirikan atas dasar perasaan suka dan menjadi satu kegemaran baginya, sebenarnya ianya tidak boleh di istilahkan dengan perasaan suka tanggungjawab ataupun kegemaran,  bahkan ianya adalah kenyataan Allah itu sendiri.

Apapun saya mengalu-alukan pandangan atau komen dari anda sebagai satu halaqah ilmu atau perkongsian pendapat untuk mengukuhkan lagi kasih antara manusia sesama manusia lain-nya, “ Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi orang lain sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri ”.

Wallahu’lam………Allah-lah yang lebih tahu………



Tiada ulasan:

Catat Ulasan