Oleh Ustaz Jalil
Kendi |
Dan daripada Ibnu Abii Al-Wardi r.a, Katanya (mafhuumya) : Daku telah masuk ke atas (pergi kepada) Sariyy Saqtiyy r.a. dan beliau sedang menangis, dan (di sebelahnya ada) dauroq-nya (dauroq adalah sejenis kendi yang ada pemegangnya tapi tidak berpaip) yang telah pecah/ remuk. Maka aku pun bertanya,
Apa yang telah terjadi kepada engkau ni ?
Jawabnya : Dauroq itu telah pecah / remuk.
Daku berkata : Daku (boleh) membelinya (yang lain) sebagai ganti untuk itu.
Jawabnya : Engkau hendak gantinya untuk aku? walhal aku mengetahui daripada mana daaniq (duit) yang mana engkau akan membelikan dauraq itu dengannya, dan siapakah yang membuatnya? dan dari manakah tanahnya (untuk buat dauroq itu)? dan apakah yang dimakan oleh pembuatnya sehingga dia selesai membuatnya (menyiapkan ) kerjanya itu ?
Begitulah terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2,mukasurat 372 dan 373.
Subhaanallah……
Begitulah telitinya dan waraknya orang-orang dahulu….
Tentulah hati-hati mereka begitu suci sekali……
Kalau begitulah keadaan mereka, bagaimana kita boleh memprotes mereka ?
Bagaimana kita boleh mengenepikan ajaran-ajaran dan nasihat-nasihat mereka ?
Apakah masih wujud seseorang di dunia ini orang yang seperti Sariyy Saqtiyy r.a. ini ?
Bayangkan…. Kendinya / dauroqnya pecah , beliau r.a. menangis…kenapa? Kerana kendi pengganti nanti (mungkin) akan dibeli dengan duit yang datangnya dari sumber yang diragui, shubahat, dsbya….Dan mengenai pembuat kendi (yang baru itu) , beliau belum tahu lagi siapa orangnya (adakah seorang yang soleh, atau seorang yang fasiq, atau bagaimana ? ) Dan beliau pun belum pasti lagi adakah bahan tanah yang akan dijadikan kendi itu pun bersumberkan tanah yang syubahat, diragui, (lebih-lebih lagilah kalau bahan tanah yang haram) atau bagaimana ? Dan apakah makanan yang dimakan oleh pembikin ( pembuat ) kendi itu merupakan makanan yang halal atau sebaliknya ? Atau pun syubahat dsbnya ?
Itu baru bersabit dengan kendinya…. Belum lagi ditinjau ketelitiannya dan kewaraqannya dalam hal makanan, pakaian dsbnya !!!
Subhaanallaah….
Semoga Allah swt merahmati Sariyy Saqtiyy r.a.
BETAPA DUNIA DAN UMMAT HARI INI KETANDUSAN ORANG-ORANG YANG SEPERTI INI ….!!!KALAU BEGITU, BAGAIMANA ORANG-ORANG DI ZAMAN INI MAHU JADI PEMBIMBING BAGI UMMAT INI ? MAHU MENJADI MURSYID BAGI UMMAT ? MAHU MENJADI `ULAMAA` BAGI UMMAT ? MAHU MENJADI TOKOH BAGI UMMAT ?WALAU SEALIIM / SEBAIK / SESOLEH / SEWARAK MANA PUN ORANG-ORANG HARI INI, TENTULAH JAUH PANGGANG DRP API JIKA DIBANDINGKAN ORANG-ORANG DAHULU SEPERTI SARIYY SAQTIYY R.A. INI ……!!!
[Yang nyata, rata-rata orang hari ini, tidak kira siapa dia, sama ada alim atau pun tidak, pada `amnya tidak terlepas daripada tempias riba….kecualilah mereka yang benar-benar dirahmati Allah s.w.t]
YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI….!
Wallahu A'lam.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibaar…..
Wassalaamu'alaikum wrb.,
http://www.mymasjid.net.my/?mod=article_content&mod2=4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan