Khamis, 25 Oktober 2012

MUtIaRa KaTa - PrOf Dr. Muhaya Mohamad

Prof. Dr. Muhaya Mohamad


- Jadikan bidang perubatan ini sebagai satu jihad & dalil kebesaran Allah..dan ingat, kita menyampaikan hajat orang..mengatasi masalah orang..dan merawat fizikal dan rohani orang..

- Melalui pengamatannya selama menjadi seorang doktor.. Klu pesakit yang sangat negative attitudenya…selalu banyak penyakit…susah hati..tidak berjaya dlm material dan tidak berjaya rumahtangga…tetapi org yg slalu positive…murah hati…dan baik… berjaya dalam segala hal. Dan kehidupan kita ini adalah hasil daripada pilihan yang kita buat….

- Banyak org berkereta besar, rumah besar, dan pangkat tetapi tidak kekal kerana mereka tidak kaya jiwa…hobi yang tidak mendekatkan dri dengan Allah…alangkah ruginya…krna bila kita kejar dunia..dunia menghina kita..ttpi bila kita kejar akhirat..dunia kejar kita…dan utk kita dapat sesuatu kita kena jdi sesuatu…

- Kita jgn mengejar cita2.. tp kita mengejar makna…kerana cita2 pandangan manusia… dan makna pandangan Allah..dan bila kita kejar Allah dan akhirat, dunia pasti akan dapat…tetapi klu kita kejar dunia …mungkin akan tertinggal akhirat…klu kita kejar redha Allah…penghargaan manusia tentu dapat….tetapi mencari keredhaan manusia belum tentu redha Allah…

-  Bila kita menjadi seorang pensyarah, sama seperti seorang guru. Guru yang biasa hanya memberitahu, guru yang bagus memberi keterangan dan guru yang hebat memberi inspirasi. Kerana itu sebagai seorang pensyarah, bila nak mengajar kita kena betulkan bahawa kita mengajar bukan krna ingin tunjuk pandai, kita mengajar untuk kesan pada pelajar.Jd tk kira apa pun yg kita lakukan…bukan kerana ingin menunjuk hebat tetapi ingin memberi manfaat…klu kita sampaikan dari hati…insyaAllah akan terserap dn sampai ke hati pelajar juga…jangkakan yang baik sahaja..dan buat kerana Allah..

- Salah satu ciri orang yang mengasihi Allah dan dikasihi Allah…ialah tidak takut pada cemuhan org dalam melakukan kebaikan…dan sy ingin menyeru kpd dri sy sendiri dan semua org…jadilah kita bebas drpd penghargaan manusia..hanya cari redha Allah…apa2 pun kita buat..klu niat kita betul..presepsi org akan betul…krn bila kita fokus pada Allah…bila makanan rohani kita sngt tinggi , & bila kita hnya perlu pada Allah serta tidak mengharap pada manusia…kita tk perlu makanan emosi kerana mknn emosi adalah seperti pujian.. terima kasih drpd manusia. Ttp bila kita tinggi makanan rohani kita tkkn perlu pada maknn emosi…kerana bila kita tk cukup makanan emosi ia akan makan banyak pada fizikal…

- Klu kita kejar pada pangkat..kita akan bersandar pada pangkat….klu kita bersandar pada tiang..kita takut tiang tu akan jatuh…tetapi jika kita bersandar pada Allah….Allah sentiasa ada.. 

- “Klulah diriku  tak bermanfaat lagi pada dunia ini dan keluarga…biarlah Allah mengambil saya….selagi sya bermanfaat maka panjangkanlah umurku….agar sy blh buat manfaat sebanyak mungkin…kerana Allah paling sayang org yang bermanfaat…”



*Subhannallah…kata2 ini bila dihayati..cukup mendalam maksudnya…membawa kita utk lebih berfikir dan merenung kmbali tentang kehidupan ini…moga kita sama2 dapat bermuhasabah diri..insyaAllah….terima kasih buat Prof.Dr.Muhaya….kata2 yg cukup memberi kesan dan inspirasi…

http://drmuhaya.com/main-video-gallery

Tiada ulasan:

Catat Ulasan