Khamis, 25 Oktober 2012

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT

Gambar hiasan

Jumaat merupakan hari berkumpulnya umat muslim di tengah hari untuk melakukan peribadahan. Dalam sebuah riwayat yang terdapat di Al-Qur’an dan As-sunah sholat Jumaat mempunyai beberapa hikmah dan keutamaan.

Salah satu riwayat hadistnya iaitu:
Dalam sebuah riwayat, Rasulullah pernah bersabda. “Hari terbaik di mana matahari terbit di dalamnya ialah hari Jumat. Pada hari itu Adam Alaihis Salam diciptakan, dimasukkan ke Surga, dikeluarkan daripadanya dan kiamat tidak terjadi kecuali di hari Jumaat.” [Riwayat Muslim]

Rasulullah juga pernah bersabda, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” 
(Shohih. HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

Keistimewaan lain hari Jumaat adalah saat-saat dikabulkannya doa, iaitu saat-saat terakhir setelah solat asar (seperti yang dijelaskan dalam banyak hadits) atau di antara duduknya imam di atas mimbar saat berkhutbah Jumat sampai solat selesai ditunaikan

Demikianlah beberapa hikmah yang kita dapat setelah menunaikan amalan hari Jumaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan