10 Hikmah Silaturahim
Gambar hiasan |
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang pentingnya membina hubungan silaturahim. Sebagaimana dalam sabda baginda :“Seseorang berkata: ‘Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku amalan yang akan memasukkan aku ke Surga dan menjauhkanku dari Neraka.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan: “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, menegakkan solat, menunaikan zakat, dan menyambung silaturahim’.”
(HR. Al-Bukhari, 3/208-209, Muslim no. 13).
Dalam hadits lain juga disebutkan keutamaan lain dari silaturahim, iaitu akan dipanjangkan umur dan dilapangkan rezkinya. Betapa besar keutamaan dari silaturahim.
Berikut ini sepuluh perkara terpuji (hikmah) dari silaturahim menurut Faqih Abu Laits Samarqandi rahimahullah:
1. Di dalamnya terdapat keredhaan Allah swt., kerana silaturahim adalah perintah-Nya.
2. Menggembirakan sanak saudara. Rasulullah saw. bersabda, "Amal yang paling utama adalah menyenangkan hati orang yang beriman."
3. Malaikat merasa senang.
4. Orang Islam akan memujinya.
5. Syaitan sangat bersedih.
6. Silaturahim dapat memanjangkan umur.
7. Silaturahim menyebabkan keberkatan rezeki.
8. Orang-orang yang telah meninggal [ ibu bapa ] merasa senang bila mengetahui perbuatannya itu.
9. Dengan bersilaturahim, hubungan antara muslim bertambah erat . Jika kita menolong seseorang dan bermurah hati terhadap seseorang, maka pada waktu kita mengalami kesusahan dan mempunyai keperluan, ia akan menolong kita dengan sepenuh hati.
10. Setelah meninggal, kita akan selalu memperoleh pahala kerana siapa saja yang kita tolong, ia akan selalu mengingat kita dan mendoakan kita.
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan