Fikir Amal
Gambar hiasan jee.. |
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Aku telah terpilih sebagai amil zakat di bulan Ramadhan , tiba-tiba datang seorang yang mengambil segenggam makanan, lantas aku menangkapnya dan mengatakan pasti aku akan membawanya ke hadapan Rasulullah SAW.
Orang itu menjawab: "Aku orang miskin, aku mempunyai anak-anak yang menggantungkan hidupnya kepadaku". Mendengarkan rayuannya maka aku membiarkannya pergi.
Pada waktu pagi Nabi SAW bertanya: "Abu Hurairah! Apa yang telah dibuat oleh tawanan-mu malam tadi?" Aku menjawab : "Wahai Rasulullah! dia mengeluh dalam kesusahan yang amat sangat dan dia menpunyai anak yang bergantung kepadanya, dan aku merasa kasihan padanya lalu melepaskannya". Baginda SAW bersabda: "Berwaspadalah, sesungguhnya dia berbohong dan dia akan datang lagi".
Aku yakin dia akan datang kembali kerana Rasulullah SAW telah memberitahu kepadaku . Aku menunggu kedatangannya.
Apabila dia datang mula mengambil segenggam makanan aku telah menangkapnya dan memberitahu akan ku laporkan kepada Rasulullah SAW. Dia berkata : Lepaskanlah aku ! Aku dalam kesempitan dengan tanggungan anak-anakku, aku tidak akan datang lagi, Aku kasihan lantas aku lepaskan dia.
Keesokan paginya Nabi SAW bertanya : Wahai Abu Hurairah !
Apa yang telah berlaku pada tawananmu malam tadi? Aku menjawab: "Ya Rasulullah, dia mengeluh dalam kemiskinan dan kesempitan dan aku merasa kasihan dan aku lepaskan ia pergi ". Rasulullah SAW bersabda: "Berhati-hatilah dia bercakap bohong dia akan datang lagi".
Maka aku menunggu kali ketiga. Apabila dia datang dan mengambil segenggam beras, dari barang makanan maka aku telah menangkapnya . Aku berkata : "Aku akan bawa kamu kepada Nabi SAW , dan inilah kali terakhir kedatanganmu , telah tiga kali ". Orang itu berkata: "Lepaskanlah aku ! mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu kalimat yang mana Allah akan memberi menafaat kerananya? "
Aku berkata apa kalimat itu? Orang itu berkata : "Apabila kamu pergi ke tempat tidurmu bacalah Ayatul Qursy sehingga akhir, sesungguhnya Allah akan menjaga kamu dengannya. Syaitan tidak akan dapat menghampiri kamu sehingga pagi''. Selepas mendengarnya lantas aku lepaskan dia.
Keesokan paginya Nabi SAW bertanya: "Wahai Abu Hurairah apa yang telah kamu buat pada tawanan kamu malam tadi?". "Ya Rasulullah SAW, dia telah mengajarkan kepadaku satu kalimat yang Allah memberi menafaat kepadaku, lantas aku lepaskan dia"
"Apakah kalimah itu ?. Aku menjawab: "Dia mengajarkan kepadaku apabila datang ke tempat tidurku hendaklah membaca Ayatul Qursi hingga akhir, di mana syaitan tidak dapat menghampiri sehingga ke pagi. Dan ia adalah sebaik-baik pengawal di waktu malam ".
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya dia telah berkata benar kepadamu sedangkan dia adalah seorang pembohong besar. Wahai Abu Hurairah tahukah kamu dengan siapakah kamu bercakap-cakap selama tiga malam, yang datang kepadamu itu ? Aku berkata : Tidak! Nabi SAW bersabda : Itulah syaitan
(yang datang mencuri dan menipu dengan tipu dayanya) (H.R Bukhari)
Dalam satu riwayat yang lain Hadrat Abi Ayub Al Ansari berkata barang siapa membacakan Ayatul Qursi di dalam rumahnya maka syaitan tidak akan memasuki ke dalam rumahnya begitu juga dengan perbuatan sihir dan lain-lain. (HR Tarmizi)
Wallahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan