Rabu, 7 November 2012

KASYAF


Kasyaf
OLEH MUSAFIRIKHLAS
Gambar hiasan ajeee..ye
Assalamualaikum,
Pada membicarakan tentang kasyaf marilah sama-sama kita renungkan apa itu kasyaf..? Kasyaf ini bukan-nya suatu ilmu tapi ianya berupa kelebihan pandangan yang di kurniakan Allah S.W.T kepada setiap hamba-Nya yang di kehendaki yakni pandangan tembus, pandangan ini juga ada banyak peringkat, ada yang boleh melihat masa depan orang lain, ada yang boleh melihat masalah orang, ada yang boleh melihat alam jin, ada yang boleh melihat alam malaikat, ada yang boleh melihat alam kubur dan banyak lagi alam-alam ghaib ciptaan Allah S.W.T.

Sungguh beruntung bagi orang-orang yang diberi penglihatan (kasyaf) sedemikian oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih, antara kasyaf tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia ialah kasyaf Syeikh Abdul Qadeir Al-Jailani iaitu perbicaraan batin secara langsung dengan Allah S.W.T. Bagi untuk mencapai kasyaf di tahap ini seseorang itu haruslah mencapai ilmu (Syahadah) yakni ilmu tertinggi dalam segala ilmu ketuhanan kerana ia merupakan sebuah ilmu yang dimiliki dan diijazah langsung dari Allah S.W.T tanpa perantaraan seperti dalam artikel saya yang sebelum ini iaitu kasyaf maknawi.

Sungguh beruntung andai kita juga tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat (kasyaf) penglihatan seperti ini, para-para wali Allah yang sebelum ini juga dikurniakan kasyaf. Ini berbeza dengan nabi atau Rasulullah kerana baginda dikurniakan (mukjizat). Adapun di sini saya tidak mahu membicarakan tentang mukjizat tapi kasyaf, kerana kasyaf ini terbahagi kepada banyak peringkat , adapun di sini juga tidak bercadang untuk membicarakannya secara details kerana matlamat saya di sini ialah “ kasyaf yang boleh melihat keburukan diri sendiri ” bukan kasyaf yang boleh melihat masa depan atau keburukan orang lain, tetapi mampu melihat keburukan diri sendiri dan menerimanya dengan penuh redha dan ikhlas.

Inilah matlamat saya kepada perbicaraan tentang kasyaf ini, adapun kita harus berusaha untuk mencapai kasyaf ini baru boleh sampai kepada kasyaf seterusnya.  Dalam untuk mencapai kasyaf ini hendaklah kamu “ Ihsan “ kepada diri kamu sendiri. Adapun ihsan ini juga luas untuk dibicarakan namun saya hanya ingin mengambil sedikit  petikan dari jawapan Rasulullah S.A.W kepada malaikat Jibril a.s apabila ditanyakan tentang ihsan, maka Rsulullah S.A.W menjawab:

Ihsan itu jika kamu solat seolah-olah kamu melihat akan Allah, kalaupun engkau tidak melihat kepada-Nya ketahuilah bahawasanya Dia sedang melihat kepadamu, hendaklah kamu ihsan juga terhadap haiwan sebelihanmu tajamkanlah pisau supaya tidak membuat haiwan sembelihanmu terseksa

Maksud ihsan yang dikehendaki di sini ialah “ Nyata “ kalau kamu solat kamu nyata akan Allah, kalau kamu sembelih haiwan sembelihanmu maka kamu nyata kamu rasa akan kesakitan yang dihadapi haiwan sembelihanmu akan pada dirimu, barulah kamu benar-benar ihsan kepadanya,  begitu juga yang dikehendaki pada kasyaf itu sendiri yakni kamu nyata akan kasyaf terhadap keburukan atas dirimu sendiri bukan untuk melihat akan keburukan orang lain. Inilah kasyaf yang paling sempurna di antara kasyaf pada pendapat saya, namun di sini bukan saya hendak terpesona dengan pendapat saya sendiri atau terlena dengan pendapat saya sendiri, bahkan di sini saya mengalu-alukan pendapat para ilmuan ataupun cendekiawan yang bijaksana untuk berkongsi pengetahuan dalam membentuk pemikiran umat manusia sejagat.

Janganlah hendaknya jika mempelajari sesuatu ilmu hanya untuk mencari kelebihan di dunia dengan kasyaf yang kita miliki yang dengannya boleh memberitahu sesuatu yang ghaib kepada sahabat kita yang belum pernah melihat alam ghaib, bahkan boleh menceritakan hal-hal yang di luar pemikiran orang umum (khowariqul ‘adath) namun di situ timbul suatu perasaan riak “ kahfi “ dalam diri kita,  inilah salah satu dari tanda-tanda kejahilan bagi seorang ahli hakikat.  Seharusnya digunakan sebaik-baiknya kelebihan yang Allah Ta’ala kurniakan kepada kita bagi untuk menilik dan mengetahui akan kekurangan dan keburukan atas diri sendiri barulah mencapai martabat seorang insan yang benar-benar kamil mukamil, bukan mencari kelemahan dan keburukan orang lain.

Pada martabat ini manusia itu sentiasa sedar akan ketiadaan dirinya bahkan Allahlah yang kekal sempurna, “ Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajah-wajah Allah “ , “ Ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situlah kamu lihat wajah-wajah Allah “, bukan wajah diri asal Allah itu tetapi segala gerak-geri dan diam setiap makhluk itu menandakan  Allahlah yang menggerakkannya di atas sifat yang maha menggerakannya, tidur baring, berjalan, makan dan minum semuanya menandakan wujudnya Allah, kita tidak dapat bergerak andai tiada kuasa yang menggerakannya. 

Wallahu’alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan