Al Bukhari International university |
Lagi 40
nasihat Tok Ayah
Kata‐kata
ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya.
Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna
yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata
beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut
fahaman orang awam.
Mutiara
kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan rahmat dan kasih sayang Allah
dapat menangkis tuduhan‐tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawwuf. Semoga petikan dari
buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati
untuk menjadi hamba Allah yang sehamba‐hambaNya
di dunia ini, Insya Allah.
1.
Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal,
nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali
tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji
dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.
2.
Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal
Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.
3.
Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih
daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikan lebih pahit
daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.
4.
Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai
(tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah‐mudahan
Allah s.w.t. ampun dosa kita.
5.
Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang
banyak jual di kedai.
6.
Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu
menunjukkan kita masih palsu.
7.
Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.
8.
Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah
(keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam).
Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah s.w.t., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah s.w.t., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.
9.
Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju
“Rodhiah” tetapi terhenti kepada Abid tidak (fana’ ‘ul‐fana’).
10.
Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata,
melalui Rasulullah s.a.w, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah
s.w.t. Kalau kenal (tahu tentang perkara kerohanian) dengan cerita‐cerita
orang (perasaan kita itu tidak sah).
11.
Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah
kerana Allah s.w.t. Semoga jadi hamba Allah s.w.t.
12. Kerja
dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh.
13.
Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.
14.
Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah
s.w.t. pakaikan dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyrikin tidak
mengenal Rasulullah s.a.w.(walhal Rasulullah, Allah s.w.t. pakaikan baginda
dengan penuh sifat‐sifat kesempurnaan).
15.
Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang.
16.
Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.
17.
Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi
wali.
18.
Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK!
19.
Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali.
20.
Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.
21. Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran
hidup dunia.
22.
Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t.
23.
Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak
ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah s.w.t. yang
bertaqwa.
24.
Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang
ALLAH s.w.t bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.
25.
Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia
nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.
26. Taslim
(penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun
tidak.
27. Hidup
atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk
sekali dengan orang soleh, ini cerita kartun.
28.
Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan
nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
29.
Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.
30.
Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman
kepada Allah s.w.t.
31.
Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian
(dalam masa yang sama mereka) berdoa dengan Tuhan (agar dianugerah sama seperti
orang yang Berjaya di sisi Allah). Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah
s.w.t. jadikan nafsu ammarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.
32.
Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat
mati dan hadir majlis zikir. Bila
hati suci,barulah ada tauhid.
33.
Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak
isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.
34. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata
(banyak menangis).
35.
Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan).
Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.
36.
Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar
kezaliman ialah mengikut hawa nafsu.
37. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan
yang dibuat. Banyak tumpuannya, banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka
kuranglah kejayaannya.
38.
Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak
orang yang bersungguh mengikuti garisan syariat dan toriq.
39.
Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami!
40.
Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat
ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.
Bersambung…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan