01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/
rancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. JANGAN
membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. JANGAN
menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. JANGAN
putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. JANGAN
iri hati dengan kekayaan orang;
09. JANGAN
hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. JANGAN
sombong jika memperoleh kejayaan;
11. JANGAN
tamak kepada harta;
12. JANGAN
terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. JANGAN
hancur kerana kezaliman;
14. JANGAN
goyah kerana fitnah;
15. JANGAN
berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. JANGAN
campuri harta dengan harta yang haram;
17. JANGAN
sakiti ayah dan ibu;
18. JANGAN
usir orang yang meminta-minta;
20. Jauhkan
diri dari dosa-dosa yang besar;
21. JANGAN membiasakan
diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuK;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah
di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak ZIKIR dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan PUASA wajib dan puasa sunat;
28. SAYANGI dan santuni FAKIR miskin;
29. JANGAN ada rasa takut kecuali hanya
kepada Allah;
30. JANGAN
marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang
dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana
Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana
sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. JANGAN
mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. JANGAN
percaya ramalan manusia;
37. JANGAN terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap
orang;
39. JANGAN
terlampau takut kepada manusia;
40. JANGAN
sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan
taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung
berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami jikalau cukup
syaratnya;
49. Hargai waktu, aturkan waktu dan
manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari
penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk
santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak
kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Selalulah berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. JANGAN
terlalu banyak hutang;
58. JANGAN
terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan
diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang
tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan
orang-orang soleh;
63. Lakukan ibadah haji
dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah
kepada kita;
65. JANGAN dendam dan jangan ada
keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. JANGAN membenci seseorang kerana
pahaman dan pendiriannya;
67. JANGAN
benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus
terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang
lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.
70. JANGAN
melukai hati orang lain;
71. JANGAN
membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil,
walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala
tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain
yang lebih tua dari kita
76. JANGAN
membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin
daripada kita,lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman
orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung
apa-apa yang sudah dilakukan;
80. JANGAN
sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang
selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan
kenali pula kelebihan orang lain;
83. JANGAN
membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang
baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. JANGAN
habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap
orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga
yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;
89. JANGAN
berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk
melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. JANGAN
berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. JANGAN
cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkutan teman kita sebelum
dipastikan kebenarannya;
94. JANGAN
menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;
95. Sambutlah huluran tangan setiap
orang (pastikan aurat)dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan;
96. JANGAN
memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian,
cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan
akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. JANGAN
berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan