Gambar Hiasan |
SAHABAT SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI SEKELIAN, KEPADA YANG TAK
DAPAT HADIR KE CERAMAH USTAZ AHMAD DUSUKI DI MASJID TCJ MALAM SEMALAM.. BERIKUT
ADALAH SEDIKIT PERKONGSIAN YANG DISEDIAKAN DENGAN USAHA OLEH AHLI GRoUP MUSLIMAH
TCJ MALAM SEMALAM.
SIKSA KUBUR-KENA JAGA 3
PERKARA SEBELUM MENGHADAP ALLAH:-
1. AKIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK
1. JAGA AKIDAH (KEYAKINAN) - jangan terpesong. ingat! hanya dengan
Islam
2. JAGA IBADAH (harus sempurna)
- SOLAT jaga JANGAN ditinggalkan walaupun 1
rakaat.
- BACA QURAN ... usahakan
baca Quran. (tak baca quran, dalam kubur soal jawab dengan malaikat tak lepas)!
*Baca Surah Baqarah dalam
rumah...rumah bercahaya nampak dari Arash Allah.
*Saat roh
ditarik....seksanya amat sangat.
SAKIT ibu bersalin
bersamaan 1 kesakitan dari 99 juzuk kesakitan semasa roh ditarik
*HIMPITAN KUBUR -semua akan
merasa... Banyakkan berzikir- Terhindar azab kubur.
Kubur Baru Tutup Paras
Lutut, Malaikat Mungkar Nakir (Warna Hitam Kebiruan) yang pasti Datang..Bawa
Belantan...Tanya Amalan.
Quran yang dibaca sebelum solat subuh - akan menjadi peguambela kita di
alam kubur semasa soal jawab nanti.
Malaikat akan sandarkan
kita di dinding kubur selepas QURAN yang kita amal baca SEBELUM SUBUH tu jawab
semua soalan2 malaikat. Seterusnya Kubur bertukar menjadi hamparan hijau cantik
dan wangi dengan TAHAJJUD yang kita amalkan. (cuba Tahajjud. Kalau payah,
tahajud sbelum tidur).
JIKA 1/3 malam tidak boleh bangun untuk buat, bangun masa hamper masuk waktu subuh, Solatlah Tahajud diiringi dengan membaca Quran, walaupun sedikit iaitu sebelum azan
Subuh dilaungkan. *Amalan baik yang dilakukan semasa di dunia
menyebabkan soal jawab dengan Mungkar nakir lebih cepat dan sebaliknya.
Sebaliknya ada yang sampai
70tahun tak lepas soal jawab dengan malaikat walaupun hanya pasal sebatang
cungkil gigi.
*Jaga Amalan...Jaga Amanah Yang Diberi...
ANAK SOLEH...menyelamatkan kita di alam barzakh .. bekalan untuk kita.
- Seeloknya anak-anak yang
memandikan jenazah kita - berdoa sambil mandikan jenazah ..anak-anak yang lain
mengaminkan.
- Ada anak yang menyiapkan
kain kafan.
*Anak lelaki mengimamkan
solat jenazah dan membaca doa.
Amalan baik anak yang soleh boleh menyelamatkan ibubapanya...walaupun
ibubapanya banyak membuat dosa.
Kalau tidak ada anak....belalah binatang sebab binatang itu boleh tolong
kita di sana.
*Jenazah yang baik - najis sikit...peluh mengalir di dahi, kadang-kadang
semasa memandikan jenazah, airmata jenazah keluar mengalir sedikit.
3. JAGA AKHLAK walaupun amalan baik..akhlak yang buruk...akan mendatangkan siksa
- Jaga Allah dan Rasul
- Jaga akhlak - dengan
suami, ibu bapa..emak bapa mentua.
Emak mentua, ayah mentua sama dengan mak ayah kita sendiri. itu sebab
kita tak boleh kawin dengan mak mentua/ayah mentua kita walaupun kita bercerai
hidup/mati dengan pasangan kita.. sebab hubungan dengan mak/ayah mertua tetap
kekal sebagai ibu ayah hingga mati.
A-JAGA HUBUNGAN DENGAN
SESAMA MANUSIA yang lain, jiran. (sisa makanan rumah kita campak ke rumah jiran
pun boleh masuk neraka.)
B-JAGA AURAT
C-JAGA HATI SUAMI.
HAFAL 3 SURAH (sebaik-baiknya)
- ALMULK - Tiada siksa
kubur dan Soaljawab dalam kubur.
- ALKAHFI – Menjauhkan
daripada fitnah hidup dan Fitnah mati.
- ALBAQARAH - syaitan tidak
akan masuk dalam rumah kita dan dalam diri kita.
Wallahua’lam.