Khamis, 28 September 2023

JENIS-JENIS KAWAN

 

JENIS-JENIS KAWAN

ADA 7 JENIS KAWAN

(HANYA 1 YANG SAMPAI DI AKHIRAT):

1. Ta'arufan (تعروفا) -Persahabatan kenal secara kebetulan, seperti bertemu di kereta, cafe, hospital, pejabat pos, Majlis ilmu.


2. Ta'ariihan (تعريحا) - Persahabatan terjalin  faktor sejarah, seperti teman sekampung, sekelas, seasrama dll.

3. Ahammiyatan (احمياتا) - Persahabatan terjalin kerana kepentingan, habuan. (teman bisnes , politik, nak kan pengaruh dll)

4. Faarihan (فاريحا) - Persahabatan terjalin kerana se-hobby. (hobby motor, nyanyi, suka makan, futsal, melancong, memancing dll.)

5. Amalan (املا) - Persahabatan terjalin kerana kerjaya. Sama sama jadi guru, doktor, polis, dll.

6. 'Aduwwan (عدوا) - Persahabatan terjalin tetapi dianggap musuh. Di depan terlihat baik, tapi sebenarnya di hati penuh kebencian.

Seperti Firman Allah SWT,"Jika kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati..bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati.." (Surah Al Imran: 120)

7. Hubban Lil Imaanan (حبا للايمان)

Sebuah ikatan Persahabatan yang lahir batin, saling menolong, menasihati, menutup aib, memberi hadiah, bahkan diam diam di penghujung malam namamu sentiasa ada dalam doanya.

Boleh jadi ada yang tidak pernah bertemu, bersua muka, tetapi saling cinta dan sayang kerana Allah SWT, suka MENGINGATKAN serta Mengajak selalu KE JALAN الله.

NO. 1-6 AKAN LENYAP DI AKHIRAT & YANG TERSISA HANYA PERSAHABATAN NO. 7.

Namun sahabat no. 7 ini “Selalu dipandang sebelah mata, selain dinilai  menunjuk baik dan juga tidak menghasilkan manfaat duniawi”.

DI AKHIRAT NANTI

Sahabat no. 7 inilah yang akan saling membantumu tarik menarik masuk ke dalam surgaNYA.

Allah Berfirman,-"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."-(QS. Al Hujurat 49:10)

"Sahabat - sahabat karib pada hari itu (kiamat) nanti saling bermusuhan satu sama lain, kecuali Persahabatan kerana ketaqwaan" - (QS.  Az-Zukhruf: 67)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata :

"Bahawa setiap persahabatan yang berlandaskan cinta makhluk selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan saling bermusuhan. Kecuali persahabatannya berlandaskan cinta kerana Allah,  inilah yang kekal selamanya."- (Tafsir Ibnu Katsir)

Kita semua banyak kurang, sama sama kita saling mengingatkan ya. Semoga Allah  mengumpulkan kita di akhirat di dalam golongan yang mencari RedhaNya.

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَ مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

لا إله إلا الله محمد رسول الله

 

Celakalah...

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani;

Celakalah, engkau melakukan perbuatan ahli neraka, tetapi kau mengharapkan Syurga. Engkau tamak bukan pada tempatnya.

Janganlah kau tergiur dengan barang pinjaman yang kau kira sebagai milikmu sendiri. Sebentar lagi, barang itu akan diambil dari tanganmu. Allah Azza Wajalla telah meminjamkan kehidupan kepadamu, sehingga dengan itu kau patuh kepadaNya.

Kehidupan yang pendek merupakan barang pinjaman itu kau anggap sebagai milik peribadimu, sehingga kau perlakukan semahumu.”

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Meninggalkan Maksiat

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Ditanya kepada Sayyidil Habib Taufiq Seggaf tentang cara untuk meninggalkan maksiat, maka jawab Sayyidil Habib;

الجليس الصالح خير من الوحدة، 

والوحدة خير من الجليس السوء.

"Hidup berteman orang soleh itu lebih baik daripada hidup bersendirian, dan hidup bersendirian itu lebih baik daripada hidup berteman orang jahat."

Sayyidil Habib menasihati kita semua supaya sentiasa berteman / bersahabat dengan orang soleh dan ahli ibadah, kerana hal itu akan menguatkan hati kita untuk semangat beribadah.

Demikian juga, Sayyidil Habib menasihati kita semua supaya menjauhi teman-teman yang 'jelek' (jahat / ahli maksiat), kerana hal itu akan dapat mengelakkan diri kita daripada berbuat maksiat.

[Mafhum Kalam Sayyidil Habib Taufiq Seggaf - Daurah Hikam Imam Haddad - 09 Okt 2016 - MATIN]


Darjat Para Muqarabin

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jika ingin berada di darjat para muqarabin ada 3 syaratnya:

1. Merendahkan diri ketika engkau memiliki kedudukan tinggi.

2. Menampakkan kecukupan saat engkau berada dalam kekurangan.

3. Hidup sederhana ketika engkau diberikan kekayaan."

[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad Rahimahullah Taala]



Rabu, 27 September 2023

BENCI MAKSIAT JANGAN BENCI PEMAKSIAT

Kisah seorang ahli ibadah (abid) pada zaman Bani Israel yang tidak pernah melakukan maksiat. Hebatnya beliau sehingga bilamana berjalan di bawah terik matahari maka beliau akan dilindungi awan. Namun disebabkan ada rasa takabbur di dalam diri bilamana bertemu dengan seorang ahli maksiat. 

Maka nikmat tersebut terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ya, hanya kerana si lelaki ahli maksiat tersebut punya rasa rendah diri bilamana bertembung dengan ahli ibadah tersebut. Rasa tidak layak bilamana dirinya yang hina bertembung dengan seorang abid yang mulia. Manakala si abid, merasa jijik bilamana bertembung dengan ahli maksiat tersebut. 

Disebabkan sisi pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka ini menyebabkan nikmat yang Allah Taala berikan kepada si abid iaitu dilindungi awan setiap kali berjalan terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.

Inilah sari pati ilmu Tasawuf yang diperjuangkan oleh para ulama Ahlusunnah Wal Jamaah. Tidak merasakan diri lebih daripada orang lain. Tidak merasakan bahawa hanya diri ini yang layak masuk ke Syurga Allah Taala. Bilamana melihat seseorang yang tergelincir daripada jalan Allah Taala, terus ditempelak dan dicaci maki zat / diri si pembuat maksiat tersebut. 

Seolah-olah si ahli maksiat sudah tidak punya peluang untuk bertaubat. Kekadang lupa, kemungkinan orang yang kita caci maki kerana maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan menjadi seorang yang lebih baik daripada si pencaci. Allah Taala berhak membolak-balikkan hati seseorang.

Diri pemaksiat dan perbuatan buruknya adalah dua aspek berbeza yang kita harus faham bagaimana untuk berinteraksi dengan keduanya secara berasingan. Kerana diri seorang pendosa atau pemaksiat itu adalah hamba Allah dan makhluknya yang dimuliakan Allah penciptaannya sebagai manusia, sebaik-baik ciptaan-Nya. Dia perlu dihormati, dikasihi dan ditunaikan hak-haknya.

Ini yang perlu ada pada seorang muslim yang sejati. Kita membenci maksiat dan kesalahan yang dilakukan bukannya zat pembuat maksiat tersebut. Perumpamaannya mudah :

"Kita membenci bau busuk pada bangkai tersebut, bukannya pada bangkai itu sendiri. Ya kemungkinan bangkai tersebut adalah binatang peliharaan yang paling kita sayangi sebelum rohnya dicabut. Namun bilamana rohnya sudah dicabut, serta berlalunya waktu tertentu menyebabkan mayat tersebut berubah baunya menjadi busuk. Adakah dengan sebab bau busuk pada bangkai tersebut menyebabkan kita terus mencaci maki binatang kesayangan kita sendiri?”

Ya begitu juga dengan maksiat. Kita ibaratkan ianya sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencaci maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

"Sebagaimana dirimu senang dengan ucapan yang baik dari orang lain, maka begitulah pula orang lain akan senang dengan ucapan yang baik darimu.

Sebagaimana dirimu tidak senang dengan ucapan yang buruk dari orang lain, maka begitulah pula orang lain tidak akan senang dengan ucapan yang buruk darimu."

[Habib Muhammad Al-Bagir bin Alwy bin Yahya]

BENTUK TUBUH RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

 Syamail Muhammadiyah

Dalam satu riwayat, Jabir ibn Abdullah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Telah diperlihatkan kepada saya para nabi. Adapun Nabi Musa a.s. bagaikan seorang lelaki dari suku Syanu'ah*. Saya lihat pula Nabi Isa ibn Maryam a.s. ternyata orang yang pernah saya lihat dan mirip dengannya ialah 'Urwah ibn Mas'ud. Saya juga melihat Nabi Ibrahim a.s., ternyata orang yang mirip dengannya adalah sahabat kalian ini (Nabi صلى الله عليه وسلم sendiri). Saya lihat pula Jibril a.s., ternyata orang yang pernah saya lihat dan mirip dengannya ialah Dihyah."

*Satu qabilah di Yaman

اََللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi صلى الله عليه وسلم, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima / Disember 2014

 #Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

BENTUK TUBUH RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

 Syamail Muhammadiyah

Daripada Al-Hasan ibn Ali r.a., berkata: "Saya pernah bertanya bapa saudara saya, Hindun ibn Abi Halah r.a. (beliau seorang yang banyak menyifatkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم) tentang sifat Nabi صلى الله عليه وسلم. Saya amat berharap Hindun r.a. akan menceritakan kepada saya beberapa sifat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Beliau berkata:

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya bercahaya bagaikan rembulan pada malam purnama. Baginda صلى الله عليه وسلم lebih tinggi daripada orang yang rendah dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepala baginda besar (menunjukkan kekuatan pemikirannya) dan rambutnya bergelombang. Apabila Baginda صلى الله عليه وسلم menyisir rambutnya, maka dibelahnya menjadi dua. Jika tidak hujung rambutnya tidak melepasi cuping telinganya. Kulitnya putih kemerahan. Dahinya luas, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan ketika marah. Hidungnya mancung, di pundaknya ada cahaya yang memancar, hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan putih bagaikan perak. Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak di antara kedua bahunya lebar dan tulang sendinya juga besar. Badannya yang tidak ditumbuhi bulu nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat tumbuh bulu bagaikan satu garisan. Kedua buah dadanya dan perutnya bersih (dari bulu) dan juga selain tempat yang disebut sebelumnya. Kedua hasta, bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua ruas tulang tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jari-jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempek ke tanah sehingga air pun tidak menempel. Apabila Baginda صلى الله عليه وسلم berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda ﷺ melangkah tegap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan-akan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang menuruni ke tempat yang rendah. Apabila menoleh, maka Baginda صلى الله عليه وسلم akan memalingkan seluruh badannya. Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih banyak daripada pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Apabila ada sahabat berjalan, maka Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم berjalan di belakangnya dan apabila berselisih maka Baginda صلى الله عليه وسلم lebih dahulu memberi salam."

اََللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi صلى الله عليه وسلم, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima / Disember 2014

 #‎Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Menangislah...

Menangislah,

Sebelum Ramadhan pergi,

Kita pernah berjanji mengkhatamkan Qur'an,

Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz awalan.


Menangislah,

Sebelum Ramadhan pergi,

Kita pernah berjanji menyempurnakan qiyamullail yang sempurna penuh tambahan,

Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan.


Menangislah,

Sebelum Ramadhan pergi,

Kita berdoa sejak Rejab dan Sya'ban agar disampaikan ke Ramadhan,

Setelah Ramadhan di akhir hitungan,

Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan,

Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah,

Bahkan hampir terlewat dari menunaikan yang wajib.


Menangislah wahai saudaraku,

Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir,

Bahwa ada satu hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terlena,

Sehingga Ramadhan yang mulia pun tersia-sia.


Menangislah,

Dan tuntaskan semuanya malam ini,

Atas i'tikaf yang belum juga kita kerjakan,

Atas lembaran Qur'an yang menunggu dikhatamkan,

Atas lembaran mata wang yang menunggu disalurkan,

Atas solat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan.


Menangislah,

Lebih keras lagi,

Kerana Allah tidak menjanjikan apapun untuk Ramadhan tahun depan,

Apakah kita masih disertakan?

Ramadhan.

اعاده الله علينا و عليكم سنين بعد سنين  مقبولين لا مطرودين مجتمعين لا متفرقين  في خير ولطف وعافية برحمتك يا ارحم الراحمين

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

BENTUK TUBUH RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

 Syamail Muhammadiyah

Daripada Ali ibn Abi Talib k.w. berkata:

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertubuh sederhana di antara kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus kaku, tetapi ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, wajahnya sedikit bulat dan agak bujur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Rasulullah صلى الله عليه وسلم memiliki bulu yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya tebal. Apabila berjalan, Baginda صلى الله عليه وسلم berjalan dengan tegap seakan-akan sedang menuruni tanah yang curam. Apabila Baginda صلى الله عليه وسلم berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat Khatam al Nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Baginda صلى الله عليه وسلم memiliki hati yang paling pemurah di antara manusia. Ucapannya adalah yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan paling mulia dalam pergaulan.

Sesiapa yang kali pertama melihatnya dan tidak pernah mengenalinya sebelum itu, pasti akan menaruh perasaan gerun dan hormat terhadapnya (kerana melihat kehebatannya). Manakala sesiapa yang telah bergaul dan mengenalinya, pasti akan mencintainya.

Orang yang menceritakan sifatnya, pasti akan berkata, "Tidak pernah saya lihat sebelum dan sesudah Baginda صلى الله عليه وسلم orang yang setanding Baginda صلى الله عليه وسلم."

Lantaran melihat kebaikan dan keindahan pergaulannya. Begitu juga kemesraannya yang mendekatkan hati orang yang bergaul dengannya sehingga berada di sisi Baginda صلى الله عليه وسلم lebih mereka sukai daripada diri sendiri, anak-anak dan manusia yang lain."

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi صلى الله عليه وسلم, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima / Disember 2014

 #‎Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

BENTUK TUBUH RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

 Syamail Muhammadiyah

Daripada Anas ibn Malik r.a., beliau berkata:

"Tubuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak terlalu tinggi, dan tidak pula terlalu rendah. Kulitnya tidak putih seperti kapur dan tidak juga hitam. Rambutnya ikal, tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus kaku. Baginda صلى الله عليه وسلم telah diangkat oleh Allah (menjadi Nabi) ketika berusia 40 tahun. Baginda صلى الله عليه وسلم tinggal di Makkah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Baginda صلى الله عليه وسلم wafat ketika berusia 60 tahun dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban terdapat di kepala dan janggutnya."

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi صلى الله عليه وسلم, Sofa Production Sdn Bhd, Cetakan Kelima / Disember 2014

 #‎Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kalaulah Orang Perempuan Tahu ...

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Kalaulah orang perempuan itu tahu betapa mereka itu berbahaya buat orang lelaki, pasti mereka tidak akan mahu untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.

Sayyidina Umar Al-Khattab, moga Allah meredhoinya berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalanan di belakang wanita."

Dalam sebuah hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

ما تَركْتُ بعدي فتنة أضرَّ عليكم من النساء

حديث متفق عليه، رواه البخاري و المسلم

Mafhummya: "Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih bahaya ke atas kalian daripada (fitnah) wanita."

[Hadis Muttafaqun 'alaih, Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Sayyidah Fatimah Al-Batul menjawab ketika disoal oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah, "Yang terbaik bagi seorang perempuan itu bahawa dia tidak memandang lelaki dan tidak pula dipandang oleh lelaki."

Dalam Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

خير مساجد النساء قعر بيوتهنَّ

حديث حسن رواه احمد

Mafhumnya, "Sebaik baik masjid bagi orang perempuan adalah tempat yang tersembunyi di dalam rumah mereka."

Ini untuk tujuan solat saja yang paling afdhal untuk perempuan adalah mereka solat di rumah, maka bagaimana pula untuk kerja-kerja lain? Sedangkan solatlah yang paling utama dalam hidup sebagai seorang hamba Allah itu pun disarankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa tempat yang terbaik adalah di rumah mereka.

Untuk orang lelaki, mintalah perlindungan daripada Allah, moga-moga Allah memelihara kita daripada terjatuh dalam fitnah wanita selain daripada fitnah ulama jahat dan fitnah Dajjal.

Faedah daripada Guru Mulia Habib Hussein Al-Haddar, "Sebahagian ulama berkata, jika terdapat di dalam rumah itu satu ruangan atau bilik yang dikhaskan untuk ibadah, maka orang perempuan boleh berniat iktikaf di situ dan insyaAllah, akan diganjarkan pahala sepertimana orang lelaki yang beriktikaf di masjid."

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

GANTUNGLAH HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menuturkan:

"Jika engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah budaknya, dan dia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka maupun saat derita.

Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu?

Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu; tidak juga membahayakanmu. Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Karena sebaliknya, mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.

Wahai orang bodoh yang mengharapkan ilmu, hendaklah engkau menyadari bahwa termasuk kebodohan jika mencari dunia bukan dari Rabb sebegai Pemiliknya. Juga merupakan suatu kebodohan jika engkau mencari keselamatan dari bencana yang menimpamu dengan cara mengadukan harapan kepada makhluk."

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman]

BERSANGKA BURUK

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa, ahli maksiat, dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu, dengan pandangan yang rendah jijik, dengan pandangan yang hina. Jangan kamu memandang bahkan hatta seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandang yang rendah sebegitu.

Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan, kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah, atau su'ul khatimah.

Tarbiahlah mereka itu dengan akhlak dan kasih sayang. Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa. Perlukan kepada peringkat demi peringkat, setiap orang berhak di beri masa dan peluang, walaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang.

Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Kamu juga mempunyai aib. masing-masing ada keaiban diri masing masing. Masing-masing ada zaman kegelapan "darkside" masing-masing yang orang lain tidak tahu.

Akan tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain? Mereka juga bukan Nabi, bukan Rasul, bukan Malaikat."

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

7 KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR.

 Alhamdulilah, tanpa disedari kita sudah memasuki 10 terakhir Ramadhan. Teruskan fokus kita bagi bertemu Lailatul Qadar dan elakkan dari kerap bertemu 'Lailatul Bazaar'. :) 

Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”-(Al-Qadr : 1 - 2)

7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ’Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.

Allah سبحانه وتعالى berfirman;-لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”-(Al-Qadr : 3)

An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di Lailatul Qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.”

Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada Lailatul Qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat Lailatul Qadar. (Zaadul Masiir).

3. Malam Penuh Keberkatan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”-(Ad-Dukhan : 3)

‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar-Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam Al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,-تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”-(Al-Qadr : 4)

Keistimewaan ‘Ar-Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al-'Azhim, 14 : 407)

5. Malam Kesejahteraan

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.

Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”-(Al-Qadr : 5)

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,-فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”-(Ad-Dukhan : 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawapada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh-Dhahhak dan ulama salaf lainnya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman, يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).”-(Ar-Ra’d : 39)

7. Dosa Diampunkan- Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”-(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)

‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.

“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”

Amin Yaa Rabbal Alami...

والله أعلم بالصواب

Sumber : FB Pusat Zakat N9

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

"Barangsiapa Hendak Mengetahui Aib-aibnya......

 "Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan berbagai bahaya yang tersembunyi didalamnya. Kemudian ia memasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Sang guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara pengobatannya, tapi di zaman ini guru semacam ini langka.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki bashiroh (mata hati yang tajam) dan berpegangan pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan, serta semua aib batin dan zhohirnya, sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang cerdik, orang-orang terkemuka dan para pemimpin agama.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkapkan keburukan seseorang. Bisa jadi manfaat yang diperoleh seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya. Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan mengangnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hati jernih mampu memetik pelajaran dari berbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

[Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali]

Jika Kamu Ingin ...

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jika kamu ingin ditempatkan sebagai ahli khusnul khotimah yang pada saat meninggal dunia mengucap kalimah 'Lailaha illallah', maka haruslah bersabar dengan orang yang membangunkan kalian di waktu Subuh, harus sabar dengan orang yang menjaga dan mengingatkan kalian, harus sabar dengan perkataan yang menyakitkan hati.

Apabila ada orang yang menuduh kita sebagai musyrikin (ahli syirik), maka berdoalah semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Itu sahaja sudah cukup!

Apa makna doa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka?

Kerana selain dari itu tidak akan ada penyelesaiannya. Adu pendapat dan berdebat tidak ada gunanya, buang semua masa untuk berdebat.

Seseorang mempertahankan Maulid, seorang lagi menyesatkannya. Seseorang mempertahankan ziarah kubur, seorang lagi menyesatkannya.

Semua itu permainan iblis yang menyebabkan berhentinya masalah-masalah yang lebih penting kerana disebabkan rayuan syaitan kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Jika kalian sensitif dan mampu memahami apa yang dibicarakan para ulama salafunas shalih, maka sesungguhnya tidak ada satupun dari mereka yang mengajak kepada pertikaian dan perpecahan.

Kami tidak mahu kalian merasa dengki walau sebesar biji zarah dengan sesiapa yang beragama Islam walaupun berbeza pemahaman.

Meski kadang banyak berbeza pemahaman, kami tidak pernah sedikitpun dengki kepada sesama muslim yang mendirikan solat, akan tetapi kami akan sangat sedih apabila melihat orang Islam yang meninggalkan solat.

Ketika kami melihat orang yang bercakap atas nama orang 'Alim untuk mencaci orang lain, ketika kami melihat orang berbicara atas nama agama untuk tujuan membuat konflik (perpecahan) kepada umat, perkara yang seperti inilah yang menyesakkan nafas kami.

Ketahuilah para masyayikh dan orang-orang 'Alim tidak membuang nafas-nafas mereka melainkan hanya untuk mengingatkan kami kepada Allah, Rasulullah dan para Sahabat."

[Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur]

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Hadith-hadith Fadhail Surah Al-Kahfi

 

1. Daripada Anas ibn Malik رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ بها - أي سُوْرَةِ الْكَهْفِ – أُعْطِيَ بِهَا نُوْرًا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، وَوُقِيَ بِهَا فِتْنَةَ الْقَبْرِ 

“Barangsiapa yang membacanya (iaitu surah Al-Kahfi) maka dikurniakan baginya cahaya di antara langit dan bumi dan dipelihara dari fitnah kubur.” 

2. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara 2 Jumaat.” 

3. Daripada Abdullah ibn Umar رضي الله عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانَ السَّمَاءِ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَغَفَرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَينِ  

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka memancar cahaya dari bahawa kakinya sehingga ke ufuk langit yang menyinarinya sehingga hari Kiamat dan Allah mengampunkannya di antara 2 Jumaat itu.”

4. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ بَيْتِ الْعَتِيْقِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara dia dan Bait Al-Atiq.” 

5. Daripada Abi Mahlab berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ فيِ  يَوْمِ الْجُمُعَةِ كَانَ لَهُ كَفَّارَةٌ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan mengkaffarahkan dosanya di antara hari Jumaat itu sehingga Jumaat seterusnya.”

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

 


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Seorang Ulama Turki, Sayyidi Maula Hussein Sisemi sedang membaca Al-Quran di liang lahad yang beliau persiapkan untuknya kelak.

Apa yang dilakukan oleh Sayyidi Maula Hussein Sisemi mengingatkan kita pada sebuah kisah tentang Habib Musthofa Al-Muhdhor rahmatullah alaihi.

Tatkala Habib Musthofa mendengar kisah Rabiatul 'Adawiyah, seorang wali dan wanita solehah yang menggali lubang kuburnya sendiri, lalu mengaji tiap hari di dalamnya hingga khatam sampai 7000 kali Al-Quran.

Maka sejak mengetahui hikayat tersebut, Habib Musthofa tak mau kalah, beliau pun membaca Al-Quran sampai khatam 8000 kali dalam lubang kuburnya sebelum beliau meninggal dunia.

Ketika ditanya, "Mengapa kau sampai 8000, ya habib?"

Beliau menjawab, "Bagaimana aku mau kalah dengan wanita, kalau wanita saja boleh 7000 kali, aku mesti lebih, makaku khatamkan 8000 kali."

Subhanallah!

Pesan Al-Maghfurlah Habibana Munzir bin Fuad Al-Musawa, "Jangan lewatkan seharipun tanpa membaca Al-Quran, jadikan ia bacaan yang paling disenangi."

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal, "Cinta Allah begitu besar pada pencinta Al-Quran, dengan memahami atau tidak memahaminya."

Allohummaj'alnaa min ahlil Quran.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang senantiasa membaca dan mengamalkan Al-Quran.

KALAM_ULAMA-Telegram.me/kalam_ulama

Selasa, 26 September 2023

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Hati-hati terhadap alasan. Kerana alasan itu menyimpan dusta."-

[Sayyidina Umar bin Al-Khattab رضي الله ﺗﻌﺎﻟﯽ عنه]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jangan lihat sedikitnya hadiah, tapi lihatlah kebesaran jiwa yang memberinya.

Jangan lihat kecilnya amal, tapi lihatlah besar keagungan Dia yang sedang kau hadapi."

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Siapa yang mencintai orang jahat, walaupun ia orang baik, maka ia akan dibangkitkan bersama orang yang jahat.

Dan siapa yang mencintai orang-orang baik meskipun dia bukan orang baik, maka dia akan dibangkitkan dengan orang-orang yang baik."-[Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Permulaan kejahatan, adalah bermula, apabila merasakan diri itu baik."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik. Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai. Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.

Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia.

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali. Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain. Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan. Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu. Itulah Dia Tuhanku!"

[Almarhum Syeikh Ali Al-Tantawi]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Ikhlas dalam mencari ilmu, akan membantu engkau mendapat pengakhiran yang baik."

[Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Rosak hati lebih teruk daripada rosak anggota zahir. Kerana bila rosak hati, seseorang itu tidak akan dipandang oleh Allah."-[Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jangan kalian merasa sombong dengan ilmu. Cuba kalian lihat Bal'am bin Ba'uroh yang dahulunya orang yang sangat alim, akan tetapi tidak memberikan manfaat ilmunya."

[Habib Alwi Bin Muhammad Syahab]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Mengislamkan seseorang adalah sesuatu yang sukar. Maka janganlah engkau mudah mengkafirkan seseorang."-[Habib Jindan bin Novel bin Salim]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Terimalah teguran yang pahit dan pedih daripada manusia kerana itu hakikatnya datang daripada Allah. Allah mendidik manusia melalui manusia lain. Semua yang berlaku adalah takdir. Dan takdir Allah pastinya baik."-[Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Saat ibu berleter, diam sahajalah wahai anak, saat itu ia meluahkan isi hatinya mendidik dan membesarmu, hati ibu itu terlalu besar untuk melihat kejayaanmu membesar dengan acuan yang terindah, usah menengking dan memalingkan muka, bahkan kucuplah tangannya, katakanlah dengan kata doa untuknya, "Ummi, maafkan saya. Redhalah saya, ummi."

Wahai anak, kalian akan merindui leteran ibumu saat ia tiada dihadapanmu suatu ketika nanti. Saat itu, saat kalian mempunyai anak pula. Ampunkan dosa ibu kami, ya Rabbi."

[Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Bukti kejujuran amalan seseorang itu bukan sahaja pada penampilannya, tetapi jelas pada akhlaknya dan pergaulannya. Dan bukti tidak jujur amalannya itu adalah tidak kelihatan pada akhlaknya, bahkan yang jelas adalah sebaliknya."-[Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri]

Cintai Ulama', Pewaris Para Anbiya'-telegram.me/kalam_ulama





PESANAN SYEIKH ALI TANTAWI KEPADA MUSLIMAT.

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Pintu pemulihan (cara mencegah maksiat) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku, demi Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi, demi Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu hanya sebagai teman akrab.

Bohong! Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Wahai puteriku, lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu."

[Syeikh Ali Tantawi]

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

KALAM ULAMA

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Kalian boleh makan makanan yang paling lazat, minum minuman yang paling segar, tidur di atas tilam yang empuk, memakai pakaian yang paling lembut, tetapi kalian harus memperbanyak zikir kepada Allah.

Kerana firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat atau berzikir kepada Allah. Siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. (Al-Munafiqun : 9)"-[Syeikh Abu Hasan As-Syadzili]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jangan bersedih hati di saat semua tidak mengenalmu. Tengoklah kepada nilaimu di sisi Allah dan jangan pernah dengar penilaian manusia."-[Habib Ali Zaenal Abidin bin Alwi Al-Kaff]

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Rahsiakan ibadahmu, seperti kau menyembunyikan aib dan dosamu. Jangan kau lena dibuai pujian, kerana Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui akan kekuranganmu."-[Ustaz Kyrel Al-Gayauwi]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Walau bagaimana mahsyurnya seseorang itu tidak menunjukkan semua pegangannya benar, apatah lagi beri'tikad bahwa Allah bertempat di Arasy.

Maka, berpegang teguhlah dengan tali Ahlu Sunnah Wal Jama'ah dengan beri'tikad bahawa Allah tidak bertempat, Allah tidak pernah berhajat kepada tempat, Allah tidak serupa dengan makhluknya, walaupun sedikit, berpegang teguhlah dengan akidah ini sampai mati."-[Syeikh Muhammad Husni Ginting]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Pintu taubat tak pernah tertutup, sehinggalah matahari terbit dari arah barat, dan nyawa belum sampai di kerongkong. Suka menunda-nunda taubatnya, mahu taubat esok hari, lusa, minggu depan, tahun depan. Nak beriman pada Allah, mesti ikut hakikat iman. Jika tak mahu ikut beriman, tunggu nanti azab di akhirat sana."-[Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jika engkau merasakan di dadamu keresahan, di dalam jiwamu kesulitan, dan dihatimu kegelisahan. Maka perbanyakkanlah membaca: 

لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ

Kerana sesungguhnya itu ubat yang bermanfaat dan meliputi keseluruhannya."

[Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Antara fadhilat hadiri majlis maulid / selawat / ilmu adalah kita hadir dengan membawa dosa sebesar gunung, maka ketahuilah serta yakinlah bahawa dosa tersebut diampunkan-Nya malahan digantikan dengan pahala sebesar gunung oleh-Nya."-[Habib Soleh Muhammad Al-Jufri]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Merasa diri sudah sempurna, petanda akal tidak sempurna. Merasa diri tidak sempurna adalah kebenaran yang membawa kepada kesempurnaan di sisi Allah سبحانه وتعالى."-[Ustaz Yunan A Samad]

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Tarekat adalah berdasarkan adab. Tarekat mewujudkan penerapan disiplin, perilaku yang sempurna dan etika yang tinggi. Ia melahirkan jalan terbaik dalam menjaga hubungan yang baik dengan orang-orang di sekitar kalian."-[Mawlana Shaykh Hisham Al-Kabbani]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Usahakan selalu bersahabat akrab dengan orang-orang yang berakhlak mulia agar dapat mencontohi akhlak baik mereka itu." -[Imam Al-Haddad]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Bagaimana hendak mendidik cinta dan kasih sayang sesama kita? Telah berkata Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani RA:"Anggaplah setiap pertemuan kita dengan seseorang seolah-olah pertemuan terakhir. Sama ada kita pergi dulu, atau dia pergi dulu."

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Di akhir zaman, manusia akan membenarkan perkara dusta. Contohnya lakonan di tv yang berjaya menarik perhatian yang melihatnya, sehingga ada yang mengalirkan air mata.

Inilah maksud Nabi صلى الله عليه وسلم, "Membenarkan perkara dusta, sedang yang benar di dalam Al-Quran tidak ditangisi."-[Habib Musa Kadzim Ja'afar Muhammad Asseggaf]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Semua kenikmatan yang tidak membuatkan seorang hamba itu mendekat kepada Allah, maka ia adalah sebuah bencana."-[Abu Hazim Salamah Bin Dinar Al-A'raj Rahimahullah Taala]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Di antara manusia ada yang melihat sesuatu yang bathil (salah) sebagai haq (benar). Dan ada pula manusia yang melihat sesuatu yang haq sebagai bathil. Dan ada diantara manusia yang tidak boleh membezakan apakah perbuatannya untuk meninggikan nama Allah, atau untuk meninggikan namanya sendiri.

Dan ada di antara manusia, yang lebih mementingkan amalan-amalan sunnah, sementara amalan wajib ia tinggalkan. Mereka mengira apa yang dilakukannya adalah kebaikan, tetapi sebenarnya yang mereka kerjakan hanyalah keburukan yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Itulah manusia yang tertipu. Sungguh amat rugi dan sia-sia akan perbuatan mereka."- [Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz]


KALAM_ULAMA

telegram.me/kalam_ulama




Isnin, 25 September 2023

PESAN SAYYIDIL HABIB UMAR BIN HAFIDZ DI BULAN RAJAB.

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

11 langkah amalan hendaknya diraih di bulan Rajab yang telah disebutkan oleh Al-Habib Umar bin Hafidz.

Hendaknya bagi setiap kaum Muslim untuk tidak mensia-siakan keutamaan bulan yang sangat mulia ini dengan beberapa perkara, di antaranya:

1. Perbanyakan membaca Istighfar dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubah.

2. Kesungguhan didalam mengejar redha Allah سبحانه وتعالى dengan melaksanakan ketaatan, dan meninggalkan kemaksiatan yang dilarang Allah.

3. Memandang keadaan dirinya, kemudian memperbaikinya serta membangun kehidupannya di atas peneladanan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

4. Memperhatikan keadaan dirinya dalam menjalankan kewajiban yang Allah wajibkan kepadanya secara terperinci dan di dalam menjalankan sunnah-sunnah serta rawatib, dan memperhatikan kehadiran hatinya di dalam menjalankan semua itu.

5. Berusaha untuk selalu solat berjamaah di saf pertama dan berusaha untuk selalu mendapatkan takbiratul ihram setelah imam.

6. Hendaknya memiliki saham yang besar di dalam membaca Al-Quran, mentadabburi ayat-ayatnya, serta dalam mengamalkan tuntunannya.

7. Merutinkan pembacaan zikir di pagi dan di petang hari dan zikir seusai solat lima waktu.

8. Memperhatikan dirinya dalam pergaulan yang baik dengan rumahtangga, sahabat, teman, keluarga, tetanggga dan kepada seluruh makhluk.

9. Berpuasalah di bulan ini, khususnya di hari Isnin dan Khamis, dan juga di Ayyamul Bhidh (13, 14, 15 di bulan Hijriah).

10. Hendaknya memiliki saham besar dalam bersedekah dan memenuhi hajat orang-orang faqir dan miskin, dan berbuat baik kepada mereka.

11. Hendaknya mengambil kesempatan emas di malam-malam bulan Rajab ini untuk beribadah, khususnya di waktu akhir malam, maka alangkah baiknya jika di bulan ini kita berada di dalam keadaan yang mulia disaat akhir malam, dimana Allah berfirman: "Dan di saat sahar (akhir malam) mereka meminta pengampunan).",

dan Allah juga berfirman: "Orang yang selalu menginfakkan hartanya dan yang meminta pengampunan di malam hari.",

dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya mereka sebelumnya adalah orang-orang yang baik, yang sedikit dari malam-malamnya tertidur dan di malam hari selalu beristighfar meminta pengampunan Allah."

Kami memohon kepada Allah untuk memberikan bahagian besar dari kemuliaan malam-malam bulan yang mulia ini, dan menjadikan kita dari hamba-hamba yang diterima ibadahnya dan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ.

"Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan."

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

MARI BANYAK BERSELAWAT KEPADA NABI صلى الله عليه وسلم PADA HARI JUMAAT.

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam As-Safinah Al-Qadiriyyah menyebutkan, bahawa Imam Al-Qasthalani pernah mengatakan,  “Ketahuilah, tidak mungkin mampu mencontoh perbuatan dan akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan usaha keras, tidak mungkin mahu berusaha dengan keras kecuali sangat cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, dan tidak mungkin cinta mati kepada Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan cara memperbanyak bacaan selawat. Sebab, barangsiapa yang suka pada sesuatu, maka dia akan banyak menyebut-nyebutnya. 

Kerana itu, bagi seorang salik mesti memulai jalan kerohaniannya dengan memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Mengingat bacaan selawat menyimpan keajaiban-keajaiban luar biasa dalam rangka pembersihan jiwa dan penerangan batin, di samping masih banyak lagi rahsia-rahsia dan faedah-faedah yang tidak mungkin dihitung oleh angka dan bilangan. 

Seorang si salik perlu memiliki hati ikhlas semata-mata mengharap redha Allah ketika membaca selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم, sehingga dia mampu memetik buah selawat dan barakah-Nya yang bertebaran.

Selawat di sepanjang perjalanan mencari Tuhan bagaikan lampu penerang yang dapat menjadi hidayah yang amat diperlukan.

Barangsiapa yang menghiasi hatinya dengan lampu selawat, maka dia akan mampu melihat segala hakikat tauhid berkat cahaya terang selawat tersebut."

KALAM_ULAMA-telegram.me/kalam_ulama

Hadith-hadith Fadhail Surah Al-Kahfi.

 1. Daripada Anas ibn Malik رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ بها - أي سُوْرَةِ الْكَهْفِ – أُعْطِيَ بِهَا نُوْرًا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، وَوُقِيَ بِهَا فِتْنَةَ الْقَبْرِ 

“Barangsiapa yang membacanya (iaitu surah Al-Kahfi) maka dikurniakan baginya cahaya di antara langit dan bumi dan dipelihara dari fitnah kubur.” 

2. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara 2 Jumaat.” 

3. Daripada Abdullah ibn Umar رضي الله عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانَ السَّمَاءِ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَغَفَرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَينِ  

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka memancar cahaya dari bahawa kakinya sehingga ke ufuk langit yang menyinarinya sehingga hari Kiamat dan Allah mengampunkannya di antara 2 Jumaat itu.”

4. Daripada Abi Said Al-Khudri رضي الله عنه berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ بَيْتِ الْعَتِيْقِ 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dipancarkan baginya cahaya di antara dia dan Bait Al-Atiq.” 

5. Daripada Abi Mahlab berkata: 

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةِ الْكَهْفِ فيِ  يَوْمِ الْجُمُعَةِ كَانَ لَهُ كَفَّارَةٌ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى 

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan mengkaffarahkan dosanya di antara hari Jumaat itu sehingga Jumaat seterusnya.”


 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Janganlah kamu mencari-cari keburukkan orang lain, kerana perbuatan ini adalah salah satu daripada cabang nifaq. Dan berbaik sangka terhadap orang lain itu adalah salah satu daripada cabang keimanan."

[Al-Imam Syeikh Abul Hasan As-Syadzili Rahimahullah Taala]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Manusia melalui hari-harinya datang dan pergi, tetapi di petang hari semuanya pulang kepada kekasih hati mereka. Allah menyuruh kamu untuk bersama dengan-Nya sahaja, walau hanya sekadar lima minit ketika waktu hening di lewat malam.

Sesiapa yang kembali kepada Tuhannya di malam hari akan mendapati Dia dekat, dan akan mampu untuk bersandar kepada-Nya sekalipun di tengah-tengah kehuru-haraan."

[Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani Rahmatullah Alayhi]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Apabila Rasulullah صلی الله عليه وسلم mengajarkan kepada kita untuk melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan, sesungguhnya ajaran itu bukanlah sekadar soal kaki, tetapi ia berkait rapat dengan Mahabbah (kecintaan) kalian kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم."

[Habib Ali Al-Jufri]



KALAM ULAMA

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

*"Siapa yang tidak bertambah Imannya dengan disebabkan ketaatan yang dia lakukan, maka orang tersebut ada dua keadaan. Iaitu kerana kelemahan Imannya atau kerana rosaknya dalam amalannya."

[Habib Abdurrahman Bin Ahmad Bin Abdul Qadir As-Seggaf]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

**"Perbetulkan niat kalian ketika hadir di majlis-majlis ilmu. Jikalau niatnya baik, maka baiklah jadinya. Dan hendaklah kamu beramal dengan ilmu yang kamu perolehi, kerana mengikuti ilmu terhadap seseorang itu adalah amalannya."- [Habib Ali Bin Muhammad Al-Haddad]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

***Seseorang bertanya kepada Al-Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf:

"Ya Habib, mengapa seseorang yang sentiasa berzikir dan mendirikan solat itu tetap melakukan maksiat dan dosa?".

Maka jawab Al-Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf: "Kita kena ingat, manusia ini mempunyai 4 musuh iaitu: orang kafir yang ingin menjatuhkan Islam, orang munafiq yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap dirimu, syaitan, dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak dirimu untuk melakukan kejahatan."

[Habib Kadzim Ja'afar Al-Saggaf]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

****"Jangan masuk ke medan dakwah, kecuali engkau memperoleh ilmu yang cukup.

Bertapa banyak para pendakwah yang jahil, apabila mereka ditanya kemudian berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka tersesat dan menyesatkan."

[Habib Salim bin Abdullah bin Umar Asy-Syathiri]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

*****"Adab dan akhlak adalah perkara yang amat penting didalam agama. Adab kita penuntut ilmu pada ilmu pula, adalah umpama baru mendengar sekali walaupun beribu kali sudah mendengarnya. Umpama tidak jemu. Allah سبحانه وتعالى akan tambah ilmu lain yang tidak kita ketahui."

[Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]





Suatu Kisah di Kota Tarim di Hadramaut, Yaman.

Tarim


Ada seorang lelaki yang soleh juga seorang penjaga yang berjaya mempunyai jualan dan hasil pulangan modal dan keuntungan yang disimpan banyak.

Suatu hari, modal berjumlah yang banyak telah hilang. Dicari-carinya tidak juga jumpa. Selepas setahun berlalu, anaknya telah terjumpa modal tersebut terlihat di celah-celah bilik dalam rumahnya.

Selepas waktu maghrib, anaknya membawa barang tersebut menuju ke masjid kerana anaknya tahu setiap hari di antara waktu Maghrib dan Isya' ayahnya pasti ada di sana.

Sampai di masjid anaknya berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, saya sudah berjumpa barang ayah yang mahal dan bernilai yang hilang selama ini."

Maka ayahnya memandang anaknya dengan jelingan mata yang tajam dan berkata kepada anaknya, "Adakah kamu tiada masa lain untuk memberitahu ayah? Tidak boleh ditunggu selepas Isya' baru diberitahu?

Kamu telah mengganggu ayah bersama Allah سبحانه وتعالى. Ketika ini, kamu telah disibukkan dengan benda yang hilang ini dan kamu telah mengganggu ibadah ayah antara Maghrib dan Isya'.

Oleh kerana itu, apa saja yang kamu jumpa itu, semuanya ayah infaqkan fisabilillah dan kamu keluar dari kota Tarim dan pergi ke kota si fulan dan di situ ada syeikh dan kamu duduk di situ selama setahun, belajar adab dan tarbiah sehingga kamu dapat menghargai waktu Maghrib dan Isya'."

Lihatlah cinta orang soleh kepada Allah سبحانه وتعالى, marah waktunya dengan Allah diganggu. Dia menghargai dan menikmati antara waktu Maghrib dan waktu Isya'."

[Habib Ali Zaenal Abidin Ibn Alwi Al-Kaff]

KALAM_ULAMA -telegram.me/kalam_ulama

BERSEDIAKAH KAMU MEMANDANG RASULULLAH?

"Perbuatan kita pada hari ini, adakah kita bersedia untuk berjumpa dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم?

Dengan keadaan rumah kita pada hari ini, adakah rumah kita dipenuhi dengan perkara yang mengingatkan kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ataupun melebihi perkara dunia? Dengan pekerjaan kita pada hari ini, adakah ianya mengingatkan kita pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?

Bayangkan andai Rasulullah صلى الله عليه وسلم hadir menjadi tetamu di rumah kita pada hari ini, adakah kita bersedia menyambut Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam keadaan rumah kita yang penuh dengan keduniaan?

Seorang murid bertanya kepada gurunya, "Wahai guru, mengapa aku sukar untuk bermimpi Rasulullah صلى الله عليه وسلم?"

Jawab gurunya, "Adakah kamu bersedia untuk memandang kepada wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan peribadimu yang sebegini?"

Muridnya menjawab, "Sungguh aku akan malu untuk memandang wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana aku masih melebihi maksiat daripada mengingatinya."

Jawab gurunya, "Persiapkan dirimu untuk Tuhanmu (الله) dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka kamu akan dapat berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan kamu menggembirakan hatinya Rasulullah صلى الله عليه وسلم."

[Syeikh Abdullah Al-Jahaf]

KALAM_ULAMA-Telegram.me/kalam_ulama

NASIHAT KELEMBUTAN SAYYIDIL AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ UNTUK PARA WANITA MUSLIMAH.


Sayyidil Al-Habib Umar bin Hafidz berkata :

"Sebaiknya muslimah saat ini banyak meneladani para wanita di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan wanita muslimah solehah lainnya, khususnya Sayyidah Fathimah Az-Zahra ra.

Kemudian didik anak-anak perempuanmu dan saudaramu (perempuan) untuk menjaga aurat dengan baik.

Di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Sayyidah Fathimah kalau keluar rumah seperti burung gagak serba hitam (busana hitam) semua. Berjalan selalu tertunduk, wajah tertutup hanya satu lubang mata kecil yang terlihat (burqa).

Saat berjalan nanti di YAUMIL AKHIR saat, Sayyidah melewati (jambatan) Shirathal Mustaqim, Allah سبحانه وتعالى akan memerintahkan semua (manusia) menundukkan pandangan.

Kemudian Sayyidah Fathimah berkata : "Di mana anak-anak perempuanku?"

Dan hanya wanita yang meneladaninya yang dapat ikut di belakang beliau.

Wahai muslimah, tidakkah kalian ingin berada di belakang yang dimuliakan Allah سبحانه وتعالى? 

Dan tak ada yang boleh memandang beliau."

Habib Umar bin Hafidz

KALAM_ULAMA -telegram.me/kalam_ulama