Tarim |
Suatu hari, modal berjumlah yang banyak telah hilang. Dicari-carinya tidak juga jumpa. Selepas setahun berlalu, anaknya telah terjumpa modal tersebut terlihat di celah-celah bilik dalam rumahnya.
Selepas waktu maghrib, anaknya membawa barang tersebut menuju ke masjid kerana anaknya tahu setiap hari di antara waktu Maghrib dan Isya' ayahnya pasti ada di sana.
Sampai di masjid anaknya berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, saya sudah berjumpa barang ayah yang mahal dan bernilai yang hilang selama ini."
Maka ayahnya memandang anaknya dengan jelingan mata yang tajam dan berkata kepada anaknya, "Adakah kamu tiada masa lain untuk memberitahu ayah? Tidak boleh ditunggu selepas Isya' baru diberitahu?
Kamu telah mengganggu ayah bersama Allah سبحانه وتعالى. Ketika ini, kamu telah disibukkan dengan benda yang hilang ini dan kamu telah mengganggu ibadah ayah antara Maghrib dan Isya'.
Oleh kerana itu, apa saja yang kamu jumpa itu, semuanya ayah infaqkan fisabilillah dan kamu keluar dari kota Tarim dan pergi ke kota si fulan dan di situ ada syeikh dan kamu duduk di situ selama setahun, belajar adab dan tarbiah sehingga kamu dapat menghargai waktu Maghrib dan Isya'."
Lihatlah cinta orang soleh kepada Allah سبحانه وتعالى, marah waktunya dengan Allah diganggu. Dia menghargai dan menikmati antara waktu Maghrib dan waktu Isya'."
[Habib Ali Zaenal Abidin Ibn Alwi Al-Kaff]
KALAM_ULAMA -telegram.me/kalam_ulama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan