۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Kalaulah orang perempuan itu tahu betapa mereka itu berbahaya buat orang lelaki, pasti mereka tidak akan mahu untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.
Sayyidina Umar Al-Khattab, moga Allah meredhoinya berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalanan di belakang wanita."
Dalam sebuah hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
ما تَركْتُ بعدي فتنة أضرَّ عليكم من النساء
حديث متفق عليه، رواه البخاري و المسلم
Mafhummya: "Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih bahaya ke atas kalian daripada (fitnah) wanita."
[Hadis Muttafaqun 'alaih, Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Sayyidah Fatimah Al-Batul menjawab ketika disoal oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah, "Yang terbaik bagi seorang perempuan itu bahawa dia tidak memandang lelaki dan tidak pula dipandang oleh lelaki."
Dalam Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
خير مساجد النساء قعر بيوتهنَّ
حديث حسن رواه احمد
Mafhumnya, "Sebaik baik masjid bagi orang perempuan adalah tempat yang tersembunyi di dalam rumah mereka."
Ini untuk tujuan solat saja yang paling afdhal untuk perempuan adalah mereka solat di rumah, maka bagaimana pula untuk kerja-kerja lain? Sedangkan solatlah yang paling utama dalam hidup sebagai seorang hamba Allah itu pun disarankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa tempat yang terbaik adalah di rumah mereka.
Untuk orang lelaki, mintalah perlindungan daripada Allah, moga-moga Allah memelihara kita daripada terjatuh dalam fitnah wanita selain daripada fitnah ulama jahat dan fitnah Dajjal.
Faedah daripada Guru Mulia Habib Hussein Al-Haddar, "Sebahagian ulama berkata, jika terdapat di dalam rumah itu satu ruangan atau bilik yang dikhaskan untuk ibadah, maka orang perempuan boleh berniat iktikaf di situ dan insyaAllah, akan diganjarkan pahala sepertimana orang lelaki yang beriktikaf di masjid."
Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
instagram | telegram : @kalam_ulama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan