JENIS-JENIS
KAWAN
ADA 7 JENIS KAWAN
(HANYA 1 YANG SAMPAI DI AKHIRAT):
1. Ta'arufan (تعروفا) -Persahabatan kenal secara kebetulan, seperti bertemu di kereta, cafe, hospital, pejabat pos, Majlis ilmu.
3. Ahammiyatan (احمياتا) - Persahabatan terjalin kerana kepentingan, habuan. (teman bisnes , politik, nak kan pengaruh dll)
4. Faarihan (فاريحا) - Persahabatan terjalin kerana se-hobby. (hobby motor, nyanyi, suka makan, futsal, melancong, memancing dll.)
5. Amalan (املا) - Persahabatan terjalin kerana kerjaya. Sama sama jadi guru, doktor, polis, dll.
6. 'Aduwwan (عدوا) - Persahabatan terjalin tetapi dianggap musuh. Di depan terlihat baik, tapi sebenarnya di hati penuh kebencian.
Seperti Firman Allah SWT,"Jika kamu mendapat kebaikan
atau kesenangan, ia menyakitkan hati..bila kamu ditimpa musibah, mereka senang
hati.." (Surah Al Imran: 120)
7. Hubban Lil Imaanan (حبا للايمان)
Sebuah ikatan Persahabatan yang lahir batin, saling
menolong, menasihati, menutup aib, memberi hadiah, bahkan diam diam di
penghujung malam namamu sentiasa ada dalam doanya.
Boleh jadi ada yang tidak pernah bertemu, bersua muka,
tetapi saling cinta dan sayang kerana Allah SWT, suka MENGINGATKAN serta
Mengajak selalu KE JALAN الله.
NO. 1-6 AKAN LENYAP DI AKHIRAT & YANG TERSISA HANYA
PERSAHABATAN NO. 7.
Namun sahabat no. 7 ini “Selalu dipandang sebelah mata,
selain dinilai menunjuk baik dan juga
tidak menghasilkan manfaat duniawi”.
DI AKHIRAT NANTI
Sahabat no. 7 inilah yang akan saling membantumu tarik
menarik masuk ke dalam surgaNYA.
Allah Berfirman,-"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."-(QS. Al Hujurat 49:10)
"Sahabat - sahabat karib pada hari itu (kiamat) nanti
saling bermusuhan satu sama lain, kecuali Persahabatan kerana ketaqwaan" -
(QS. Az-Zukhruf: 67)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata :
"Bahawa setiap persahabatan yang berlandaskan cinta
makhluk selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan
saling bermusuhan. Kecuali persahabatannya berlandaskan cinta kerana
Allah, inilah yang kekal
selamanya."- (Tafsir Ibnu Katsir)
Kita semua banyak kurang, sama sama kita saling mengingatkan
ya. Semoga Allah mengumpulkan kita di
akhirat di dalam golongan yang mencari RedhaNya.
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَ مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan