Melayu |
Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang
terdiri dari
Pedro Soares,Jean
Alain Trejaut,
Jun-Hun Loo, Catherine Hill, Maru Mormina, Chien-Liang Lee, Yao-Ming Chen, Georgi Hudjashov dan
lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang
mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia
Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari
mana-mana migrasi manusia di
China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam
mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar
(flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di
Asia Tenggara berbanding wilayah lain
di dunia.
Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The
Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The
Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.
Apa yang menariknya,dalam kajian yang
‘real’ ini,misteri kepada kewujudan
orang Melayu di
Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di
Asia Tenggara.
Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000
hingga ke 3000
tahun yang
lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih
10000 tahun yang
lalu.
Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?
Perlu diingat,kajian mtDNA ini bukan kajian universiti-universiti yang
beranking rendah dalam
arena akademik dunia. Kajian yang
mengungkai misteri kewujudan
orang Melayu dengan premis bahawa Melayu adalah pribumi sebenar Asia
Tenggara bersama-sama suku-suku serumpun yang
lain adalah hasil kajian universiti-universiti terunggul dunia.
Bukan universiti kampung atau cap ayam.
Dalam pada itu,Martin Richards, Profesor Pertama fakulti Archaeogenetics di
Leeds University, yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam pelbagai disiplin dalam projek penyelidikan terbabit,berkata:
“Saya rasa keputusan kajian akan menjadi satu kejutan besar bagi ramai ahli-ahli arkeologi dan ahli bahasa, di mana kajian teori migrasi konvensional berdasarkan dari kajian dua bidang ini. Pengembangan populasi ini sepertinya tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan pertanian, tetapi kemungkinan besar telah didorong oleh perubahan iklim, pemanasan
global khususnya dan aras laut yang
dihasilkan meningkat pada akhir
Zaman Ais antara
15,000 hingga
7,000 tahun lalu. ”
Semoga dengan perkongsian kajian DNA ini, ianya dapat menjawab dan membidas orang-orang gila yang
sesuka hati mendakwa ada kajian DNA dilakukan ke atas
orang Melayu mengatakan Melayu ini pendatang.
Link kepada kajian:
(http://mbe.oxfordjournals.org/content/25/6/1209.short)
(https://ueaeprints.uea.ac.uk/31813/1/Soares_et_al__Epaper.pdf)
Kredit kepada penulis asal artikel di thepatr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan