Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad
pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana
datuknya lebih masyhur dari ayahnya.
Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah
Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah
kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah
bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala
mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan
yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.
Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal
Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal
Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama
yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat
di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan
kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman
itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah
lepas dari berbagai ujian dan cubaan.
Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan
Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan
mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran.
Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya
dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam
kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri
dengan kebolehan seseorang.
Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa
Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa
Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga
barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat s
eksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang
ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk.
Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap
orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya
Basyar melarikan diri dari Baghdad.
Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa
Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa
dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan
terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari
kekuasaan Sultan.
Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan
Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan
puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia
mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga
ependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam
berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.
Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun.
Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun.
Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula
diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada
suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan
hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk.
Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.
Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu
Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu
bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan
Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah
lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda.
Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah,
Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama
menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam
Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk.
Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara
datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.
Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan
Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan
di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya
dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama
Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.
Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-
Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-
beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan
raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya
bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia
tidak akan berubah dari pendiriannya itu.
Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda
Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda
memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW
saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya
benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap
dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul
Imam Hambali.
Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.
Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.
” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah”
(tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya
beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam
Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah
At-Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh
Allah bagi kami.”
Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.
Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam
Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.
Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam
Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim
bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya:
“Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau
adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau
mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila
engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang
ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati
dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”
Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!,
Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!,
Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama
Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri
yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya,
pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima
dera, sebab engkau dalam kebenaran.”
Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah
Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah
20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad
bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun
meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham
Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”
Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham
Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham
kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti
Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun
bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu
makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.
Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi
Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi
qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan
melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan
alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke
dalam penjara.
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah
Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.”
“Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana
di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata:
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata:
“Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa
Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”
Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup
Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup
auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas
sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau
mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup
aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga
aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.
Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan
Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan
orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan
saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang
kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada
hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.
Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa
Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa
ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang
memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin
Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang
tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad
bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan
dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau
yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan
diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin
hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak
l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya,
akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang
Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang
fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh
Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang
muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan
ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka
yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya
dan keredhaanNya.
Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan
Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan
dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.
Firman Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah
Firman Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah
beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan