Kiyai Salleh |
Kiyai Salleh, Haji Salleh, Kiyai Selempang Merah dan juga Kiyai Parang Terbang merupakan panggilan daripada beberapa orang yang pernah menuntut ilmu atau berjumpa dengan beliau.
Nama penuhnya ialah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim. Beliau dilahirkan di Tanjung Olak, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tanggal 1916. Kiyai Salleh banyak menggunakan masa mudanya untuk menuntut ilmu daripada beberapa orang guru yang terkenal dengan kehandalan masing-masing.
Di antara guru-guru yang mengajar Kiyai Salleh ialah Haji Hussein, Haji Alias dan Haji Adam bin Samsu yang menetap di Kampung Raja, Pagoh. Beliau juga turut berguru bersama Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang mengajar Wirid Khaujakan di Johor di mana beliau telah dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai menjadi ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat.
Jasa Kiyai Salleh amat besar terhadap negara terutama sekali sewaktu zaman keganasan Komunis Bintang Tiga. Menurut pakar motivasi, Dr. H.M. Tuah Iskandar, beliau menegaskan bahawa taraf Kiyai ini sama dengan taraf tokoh pejuang dahulu seperti Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Bahaman dan juga Mat Kilau.
“Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam catitan sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal di dalam ingatan dan hingga kini namanya masih menjadi buah mulut penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.” ujar beliau.
Semasa penentangan beliau terhadap pengganas Komunis, ia telah diikuti oleh ramai pengikut setia yang terdiri dari kalangan orang-orang Melayu Johor dan telah disokong Dato Onn Jaafar. Namun begitu, serangan Kiyai bersama orang-orangnya telah menjadikan kaum-kaum Cina lain berasa takut untuk keluar rumah, dibimbangi akan disalah anggap oleh gerakan Kiyai sebagai Komunis sedang menyamar.
Akibat penentangannya terhadap Komunis yang begitu hebat, Haji Kadri telah mencalonkan namanya supaya memimpin Pesatuan Muhammadiah selepas pemimpin waktu itu, Ijam Ahmad menarik diri. Gerakan Kiyai ini juga telah digelarkan oleh orang-orang Johor sebagai ‘Tentera Selempang Merah’.
Zahari Nawawi, seorang pengkaji dan juga penulis novel ada mengatakan tentang Kiyai Salleh ini mempunyai ilmu batin yang kuat sehingga terjadinya beberapa kejadian yang aneh.
“Bayangkan, peluru Komunis macam hujan tetapi tidak kena satu pun pada jasadnya. Yang kena hanya batang pokok. Ketika itu Komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.
“Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri.” katanya.
Ujarnya lagi, antara kehebatan Kiyai Salleh yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai ialah cerita mengenai Komunis melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika peperangan.
Pasukan Kiyai Salleh juga tidak menggunakan senjata-senjata api. Mereka hanya menggunakan senjata tradisional sahaja seperti parang, tombak dan lembing. Namun begitu, terlalu banyak darah pengganas Komunis telah membasahi senjata-senjata itu.
Sebelum pergi bertempur, Kiyai Salleh pasti akan melakukan ibadah dan juga wirid-wirid tertentu bagi menguatkan kebatinanya. Pengikutnya yang akan menyertai pertempuran itu juga akan dipilihnya dimana pilihannya itu tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
Pada mereka yang telah terpilih, Kiyai Salleh akan menyuruh mereka bermalam di rumahnya dan pada malam itu, solat jemaah akan diadakan. Selepas itu, upacara wirid beramai-ramai dan dihidangkan jamuan. Keesokan harinya, baru tentera-tenteranya itu akan pergi bertempur.
Pada mereka yang telah terpilih, Kiyai Salleh akan menyuruh mereka bermalam di rumahnya dan pada malam itu, solat jemaah akan diadakan. Selepas itu, upacara wirid beramai-ramai dan dihidangkan jamuan. Keesokan harinya, baru tentera-tenteranya itu akan pergi bertempur.
Sebelum pergi bertempur, Kiyai Salleh akan memberi minum air tempayan yang diwiridnya serta memberikan kain selempang yang berwarna merah kepada setiap orang tenteranya. Sebab itu mereka dinamakan sebagai Tentera Selempang Merah.
Walaupun nama Kiyai Salleh tidaklah sehebat dan setaraf dengan nama-nama tokoh lain, namun begitu, jasa beliau kepada orang Melayu dan negara amat besar. Tanpa beliau, mungkin lebih ramai lagi yang akan dibunuh oleh pengganas Komunis di Johor dahulu.
Justeru, dari sini kita dapat pengajaran bahawa ilmu agama itu sangatlah penting dan boleh dipakai di mana sahaja bukan sekadar memahami serta dipelajari sahaja. Ada yang digunapakai untuk perang, penunduk musuh, penaik semangat serta pemantapan batiniyah jika ia digunakan dengan cara dan niat yang elok.
Justeru, dari sini kita dapat pengajaran bahawa ilmu agama itu sangatlah penting dan boleh dipakai di mana sahaja bukan sekadar memahami serta dipelajari sahaja. Ada yang digunapakai untuk perang, penunduk musuh, penaik semangat serta pemantapan batiniyah jika ia digunakan dengan cara dan niat yang elok.
http://ummatanwasatan.net/wp-content//kiyai-salleh.jpg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan