Jumaat, 25 September 2015

Nikmat akal boleh sahaja hilang, tetapi


Nikmat akal boleh sahaja hilang, tetapi sifat ikhsan dan kasih sayang masih ada untuk disebarkan.
Rasulullah ﷺ bersabda: Tatkala seseorang sedang berjalan di suatu jalan, dia ditimpa rasa haus yang amat sangat, kemudian ia mendapat telaga, maka diapun turun ke dalamnya, kemudian dia minum lalu keluar kembali. Tiba-tiba dia mendapati seekor anjing yang sedang menjulur-julurkan lidahnya sambil memakan tanah kerana kehausan. Maka orang tersebut berkata: 'Sungguh anjing ini sedang merasa kehausan sebagaimana yang tadi aku rasakan', kemudian diapun turun kembali ke dalam telaga, kemudian dia mengisi kasutnya dengan air, lalu dia gigit dengan mulutnya hingga dia mendaki keluar dari telaga tersebut, kemudian dia memberi minum anjing tersebut. Maka Allah berterima kasih (menerima amalannya) dan mengampuninya.
Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! apakah kita akan mendapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?" Rasulullah ﷺ menjawab: "Terhadap setiap mahluk bernyawa akan diberi pahala"
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ سُمَىٍّ، مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَيْنَا رَجُلٌ بِطَرِيقٍ، اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ، ثُمَّ خَرَجَ، فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ، فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي، فَنَزَلَ الْبِئْرَ، فَمَلأَ خُفَّهُ مَاءً، فَسَقَى الْكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ لأَجْرًا فَقَالَ " فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ "
كتاب المظالم
باب الآبَارِ عَلَى الطُّرُقِ إِذَا لَمْ يُتَأَذَّ بِهَا
Sahih al Bukhari 2466
Perbanyakkan Tahlil, Takbir dan Tahmid sepanjang awal Dzulhijjah
لا إله إلا الله, الله أكبر, الحمد لله
Perbanyakkan Istighfar kepada Allah ﷻ
¤ربنا اغفرلي ولوالدي وللمؤمنبن¤
Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah ﷺ
¤ اللهم صل على محمد ¤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan