Sabtu, 5 September 2015

SEJARAH BUAT SEMUA



Apakata bekas Presiden MIC, Tun VT Sambanthan terhadap Orang Melayu.

“Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

                Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memendangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

                Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

                “Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negera-negara lain.  Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

                “Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak dibenarkan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apakah yang sedang berlaku di Malaysia? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata,

                “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”.

                Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.  Seperti yangsaya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.

Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih perihatin, bersopan santun dan tertib selain bangsa Melayu.

                Di manakah anda boleh mandapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia?

                Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti. Tetapi saya amat gembira di sini”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan