Sabtu, 16 Februari 2013

Teladan 18 - Peristiwa Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah


Teladan 18 - Peristiwa Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah

Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah kelapan kerajaan Bani Umayyah selepas kemangkatan Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya.

Selepas pengkebumian Sulaiman, ada beberapa peristiwa menarik yang dilalui oleh Umar. Ketika berada di makam Sulaiman secara tiba-tiba dia mendengar suara riuh.
“Ada apa?" tanya Umar kehairanan.

“Inilah kendaraanmu, wahai Amirul Mukminin,” ujar salah seorang daripada mereka sambil menunjuk sebuah kendaraan yang disiapkan khusus untuk khalifah.

“Apakah hubungannya denganku? Jauhkanlah kenderaan ini. Semoga ALLAH memberkati kalian,” kat Umar dengan suara gementar dan keletihan akibat kurang tidur. Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini.

Baru saja ia duduk di atas keldai, sekumpulan pengawal datang berbaris mengawal di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam menandakan mereka siap sedia menjaga khalifah dari sebarang bahaya.

Melihatkan pasukan itu, Umar menoleh kehairanan. “Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa dari kalangan kaum Muslimin, perjalanan seharianku pada pagi dan siang hari adalah sama seperti rakyat biasa,” katanya.

Kemudian, Umar berjalan bersama orang ramai menuju ke masjid. Dari setiap penjuru orang ramai datang dan berkumpul, lalu Umar pun berdiri. Setelah memuji ALLAH dan berselawat pada Nabi dan para sahabatnya, dia berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya aku menerima cubaan dengan jawatan ini yang aku dapat tanpa sebarang persetujuan terlebih dulu, tanpa aku minta atau bermusyawarah dulu dengan kaum Muslimin. Sesungguhnya, aku melepaskan perjanjian yang ada di hadapan kalian dan sila pilih dari kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kalian redhai.”

Mendengar ucapannya itu, orang ramai pun berteriak. “Kami telah memilihmu, wahai Amirul Mukminin. Kami redha terhadapmu. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan rahmat dari ALLAH,” kata mereka dengan marah.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan