Teladan 28 - Golongan al-Bukkain
Gambar hiasan aje |
Pada suatu
hari, ada tujuh sahabat datang menemui Rasulullah sebelum Perang Tabuk. Mereka
ialah Salim bin Umair, Utbah bin Zaid, Abdurrahman bin Kaab Abu Laila, Amru bin
al-Humam, Abdullah bin al-Mughaffal, Haramiyyun bin Abdillah, dan Irbad bin
Sariyah.
Mereka
memohon kepada Rasulullah agar diberikan unta atau apa sahaja tunggangan
sebagai kenderaan untuk berjihad ke jalan Allah. Tetapi Rasulullah tidak
mempunyai walau seekor binatang pun untuk di berikan kepada mereka. Keadaan ini
menyebabkan mereka menjadi sedih, memalingkan pandangan daripada Rasulullah dan
menangis kerana tidak dapat membawa bekalan pergi berperang.
Oleh itu,
mereka ini dinamakan golongan al-Bukkain dan satu ayat Qur’an diwahyukan kepada
Rasulullah bagi merujuk kepada golongan ini, iaitu dalam Surah At-Taubah ayat
92
“Dan tiada
pula berdosa orang-orang yang datang kepadamu, supaya engkau bawa mereka (pergi
berperang), lalu engkau berkata kepadanya, ‘Aku tidak memperloleh belanja untuk
membawa kamu’, lalu mereka berpaling sedang airmata mereka berciciran, kerana
berdukacita disebabkan tidak memperoleh belanja (untuk ikut berperang)”.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan