Teladan 27 - Umar al-Khattab yang Berjiwa Rakyat
Gambar hiasan |
Pada akhir
abad ke-17 Hijrah, kaum Muslimin sedang menikmati kemenangan pasukan mereka
dalam peperangan di Iraq dan Syam. Namun di tengah kegembiraan itu, mereka
diuji dengan musim kemarau berpanjangan. Selama sembilan bulan hujan tidak
turun, bumi gersang dan penuh debu, manakala haiwan dan tanaman menjadi korban.
Ketika keadaan
ini mencapai kemuncaknya, Umar pernah diberikan roti yang dicampur mentega.
Umar memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan bersama. Dia tidak
menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badwi itu melakukannya lebih dahulu.
Orang Badwi itu benar-benar menikmati roti tersebut.
“Ya,” jawab
Badwi itu.
“Saya tidak
pernah makan dengan mentega atau minyak zaitun. Saya juga sudah lama tidak
menyaksikan sesiapa memakannya sampai sekarang,” tambahnya.
Mendengar
kata-kata Badwi itu, Umar bersumpah untuk tidak memakan mentega hinggalah semua
orang hidup seperti sediakala. Kata-kata ini benar-benar dibuktikan dan diabadikan
sampai saat ini.
“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama
yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir
yang menikmatinya,” ujar Umar. Walhal, Umar pada masa itu boleh menggunakan apa sahaja
kemudahan negara yanga ada.
Tambahan pula, kekayaan Iraq dan Syam sudah berada
di tangan kaum Muslimin. Namun, Umar memilih untuk bersama-sama rakyatnya.
Begitulah hebatnya peribadi Umar sebagai seorang pemimpin ummah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan