Teladan 38- Mas kahwin Fatimah
Gambar hiasan |
Ketika ALLAH memerintahkan
Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, Rasulullah memanggil semua
sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.
“ALLAH memerintahkan
aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh Al-Qur’an
pada malam, ini boleh menikahi puteriku, Fatimah, jika dia menerimanya,” kata
Rasulullah.
Malam itu,
semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi
Talib yang pulang ke rumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan azan
subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah saw.
Ketika Nabi
menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun menjawabnya,
kerana amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin
Abi Talib berkata, “Ya Rasulullah saw, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran
semalam.”
Sahabat-sahabat
yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. “Bagaimana kamu menyelesaikannya?
Bukankah kamu tidur semalaman,” tanya salah seorang dari mereka.
“Tidak, aku
memang menyelesaikannya,” Ali menjawab.
“Siapa
saksimu, Ali?” soal Rasulullah saw.
“ALLAH adalah saksiku dan engkau, ya Nabi saw adalah
juga saksiku,” Ali menjawab ringkas.
“Aku membaca ‘Laa
ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah’ sebanyak 3 kali, Astaghfirullah (70
kali), Surah Al Fatihah (1 kali), Surah Al Ikhlas (3 kali), Surah Al Falaq (1 kali),
Surah An Naas (1 kali), Laa ilaha ill ALLAH (10
kali), dan Selawat Nabi ‘Allahumma solli alaa Muhammadin wa alaa ali muhamaddin
wa salim’ sebanyak 10 kali,” Ali menyambung.
“Sebagaimana ALLAH memberi kesaksian, aku juga memberi
kesaksian bahawa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kamu
membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk Al
Qur’an,” kata Rasulullah saw.
“Fatimah,
apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu?” Rasulullah saw. bertanya pada
puterinya.
“Dengan satu
syarat,” Fatimah menjawab.
Semua
sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi
saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan
berkata pada beliau, “Wahai Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, ALLAH Yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat
apa yang ingin dia ajukan.”
“Apa
syaratmu, Fatimah ?” tanya Rasulullah saw.
“Syarat itu
bukan untuk Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya.
Jika tidak, aku menolak untuk menikah dengan Ali” jawab Fatimah.
Kemudian
Jibril mengingatkan Rasulullah saw. akan pesan ALLAH
untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya.
“Sekarang
dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat
para wanita dalam kerohanian, ” kata Jibril
“Apa
syaratmu, Fatimah?” sekali lagi Nabi bertanya
“Aku selalu
mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau
mengatakan Ya ALLAH, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka !
Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!”
jawab Fatimah,
“Aku
mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu.
Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahawa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat
nanti engkau akan selalu menyebut, Umatku..Umatku ! Pada ALLAH. Sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu
juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika
engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali,” sambung Fatimah sebagai
menyatakan keinginannya.
Apa yang
diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali sebagai
mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak di tangannya, Rasulullah perlu
menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya.
“ALLAH menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan
Fatimah.
ALLAH swt menganugerahan apa yang
dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali,” kata Jibril ketika
dia datang.
Segera Nabi
berdiri dan mengerjakan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada ALLAH swt.
Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi saw. Tidak seorang
umat pun yang akan berada diluar mas kahwin Fatimah, kerana jika ALLAH menarik
satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak
sah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan