Sabtu, 16 Februari 2013

Teladan 20 - ISTERI UMAR ABDUL AZIZ YANG SETIA


Teladan 20 - ISTERI UMAR ABDUL AZIZ YANG SETIA

Sebaik sahaja Umar Abdul Aziz menaiki takhta sebagai pemimpin kerajaan Umayyah, dia mengembalikan semula segala harta yang dirampas oleh pemimpin sebelum ini kepada Baitul Mal. Dia juga mengembalikan sebentuk cincin yang dihadiahkan oleh Khalifah al-Walid kepadanya.

Seorang budak suruhannya yang setia, Mahazim yang begitu takjub dan terharu atas tindakan Umar bertanya, “Ya, Tuanku, apakah yang telah kau tinggalkan untuk anak-anakmu?”

ALLAH” Jawab Umar dengan ringkas dan hanya sepatah kata.

Selain itu, Umar turut meminta isterinya mengembalikan perhiasan yang diterima dari ayahnya, Khalifah Abdul Malik. Fatimah tidak membantah malah mengembalikan semua perhiasannya kepada kepada Baitulmal.

Setelah suaminya, Umar meninggal dunia, adiknya Yazid yang dilantik menjadi khalifah menawarkan kembali perhiasn yang dikembalikan itu kepadanya.

“Aku kembalikan kembalikan perhiasan itu semasa suamiku hidup. Mengapa kini harus ku ambil setelah dia meninggal dunia?” kata Fatimah.

Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan