Sabtu, 16 Februari 2013

Teladan 2 - Raja Mamluk dan Fatwa Imam Nawawi

Teladan 2 - Raja Mamluk dan Fatwa Imam Nawawi


Ketika perang antara kerajaan Mamluk dan tentera Monghul berlangsung, kerajaan Mamluk kehabisan sumber kewangan bagi membiayai peperangan mereka. Raja Mamluk kemudian meminta para ulama mengeluarkan satu fatwa bagi membolehkan kerajaan mengutip wang dari rakyat bagi tujuan tersebut. Kebanyakan ulama berkata hukumnya harus, tetapi Raja Mamluk tidak berpuas hati kerana ada seorang ulama besar, iaitu Imam Nawawi yang menarik diri dari mengeluarkan fatwa.

Atas desakan, akhirnya Imam Nawawi setuju untuk berfatwa. Dia berkata, “saya mengetahui bahawa sebelum ini Tuanku adalah seorang tawanan yang daif dan akhirnya dengan pertolongan ALLAH, Tuanku berjaya menjadi seorang raja. Tuanku memiliki 1000 hamba abdi yang mana setiap seorang dari mereka memakai pakaian yang mahal-mahal serta beberapa utas emas. Di samping itu, Tuanku juga ada menyimpan 200 orang gundik dan setiap seorang daripada mereka 

Tuanku berikan perhiasan batu permata serta emas yang tinggi nilainya.” Imam Nawawi berhenti.
“Kalaulah Tuanku mengumpulkan kembali perhiasan itu, sudah pasti ia cukup bagi menanggung kos pembiayaan perang. Sekiranya semua ini masih belum mencukupi, barulah saya berani mengeluarkan fatwa yang membolehkan Tuanku memungut harta dari rakyat,” dia menyambung kemudiannya.

Teguran yang berani ini menyedarkan imam-imam yang lain. Raja Mamluk pula menjadi murka lalu memerintahkan agar Imam Nawawi diusir keluar dari kota Damsyik.

norziati@gmail.com
http://kisahseributeladan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan