Teladan 36 - Perkahwinan
Muhammad-Khadijah
Gambar hiasan |
Khadijah cukup tertarik dengan sifat yang ada pada Muhammad dan
menerimanya bekerja. Muhammad dihantar ke Basrah membawa barang dagangan Khadijah.
Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah - Khadijah mengajukan lamaran untuk
menikahinya. Waktu itu Muhammad berusia 25 tahun, dan Khadijah 40 tahun.
Pada zaman itu wanita Arab bebas
menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh kerana itu Khadijah
terus membicarakan lamarannya dengan Muhammad. Pada hari yang telah ditentukan,
sanak keluarga Muhammad, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib dan Hamzah,
berkumpul di rumah Khadijah. Abu Taliblah yang memberikan kata sambutan dalam
upacara pernikahan mereka.
Nabi Muhammad tidak menikah
dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Usia perkahwiana mereka 25
tahun lamanya dan Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah
melahirkan enam orang anak anak, dua lelaki dan empat perempuan.
Anak lelakinya ialah Qasim dan Abdullah, kedua-duanya
meninggal sewaktu masih bayi manakala empat orang anak perempuannya bernama,
Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Oleh kerana anaknya bernama
Qasim, kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim).
Zainab dikahwinkan dengan sepupunya. Kedua anak perempuan lainnya,
Ruqaya dikahwinkan dengan Uthman yang kemudian menjadi khalifah
ketiga. Ummi
Kalsum juga dikahwinkan dengan Uthman
setelah Ruqaya meninggal dunia. Fatima az-Zahra, anak yang paling disayangi oleh Rasulullah berkahwin dengan Ali Abi
Talib.
Keturunan penerus Nabi ialah
melalui anak lelaki Fatima Zahra, iaitu Hasan dan Husain. Kecuali Ibrahim yang
juga meninggal dunia dalam usia muda, semua anak Nabi diperoleh dari perkawinan
baginda dengan Khadijah.
Norziati binti Mohd Rosman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan